Night At The Museum, Home Alone Antara Yang Dihasilkan Semula Oleh Disney

345
views

Disney telah mengumumkan perancangan mereka untuk menghasilkan semula filem klasik krismas Home Alone yang dibintangi Macaulay Culkin.

Pekara tersebut didedahkan CEO Disney Bob Iger semasa perbentangan pendapatan suku tahunan Disney baru-baru ini. Dalam pengumuman itu juga, Iger turut mengesahkan bahawa pihak syarikat kini sedang menghasilkan semula beberapa filem arahan Chris Columbus untuk “generasi baru”.

Selain Home Alone, Iger mendedahkan filem seperti Night at the MuseumCheaper by the Dozen dan Diary of a Wimpy Kid akan di’reboot’ dan kerja-kerja penghasilan semula telahpun bermula. Pihak syarikat menjangkakan, kesemua francais tersebut akan dapat disiarkan sebaik sahaja platform penstriman video Disney+ dilancarkan pada November ini.

Setakat ini, tidak dipastikan sama ada filem-filem itu akan menjadi filem baru atau dihasilkan dalam bentuk rancangan televisyen. Maklumat mengenai projek, barisan pelakon, plot dan tarikh tayangan masih belum didedahkan oleh pihak Disney.

Awal tahun ini, Disney mengumumkan lebih 25 siri ‘original’ dan filem ‘original’ berserta dokumentari dan rancangan istimewa akan mula bersiaran di tahun pertama Disney+. Antara rancangan menarik yang bakal disiarkan adalah siri spin off Star Wars, The Mandalorian, dua siri berdasarkan filem Toy Story yang diberi tajuk Forky Ask a Question dan Lamp Life dan siri dokumentari The World According to Jeff Goldblum

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here