Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Samara Weaving Bermain Kad Dalam Klip Terbaru Filem “Ready or Not”

Fox Searchlight melancarkan klip terbaru filem thriller-komedi mereka berjudul Ready or Not yang memaparkan karakter Samara Weaving, Grace telah memilih kad yang bakal menentukan hidup matinya. Anda boleh tonton klip tersebut dipemain video dibawah.

Ready or Not mengisahkan seorang perempuan yang baru berkahwin dan menyertai keluarga kaya suaminya dalam aktiviti tradisi turun temurun yang dihormati, tetapi situasi berubah menjadi permainan menggerunkan di mana semua ahli keluarga suaminya ingin mencarinya dengan niat untuk membunuhnya selaku pengantin wanita.

Turut membintangi filem ini adalah Andie MacDowell, Adam Brody, Mark O’Brien, Henry Czerny, Kristian Bruun, Melanie Scrofano dan Elyse Levesque.

Filem ini diarahkan oleh Tyler Gillett dan Matt Bettinelli-Oplin, mereka merupakan pengarah dari kumpulan pembikin filem seram terkenal, Radio Silence Production. Skrip pula ditulis oleh  Guy Busick dan Ryan Murphy.

Ready or Not akan menemui penonton tempatan pada 22 Ogos 2019

Related posts

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Netflix Umum Tajuk Adaptasi Korea Money Heist, Tonton Teaser Pertama Disini

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser “Moon Knight” Papar Pandangan Terbaru Oscar Isaac

Kakimuvee

Leave a Comment