Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Filem-Filem Menarik Mengenai Pandemik Penyakit & Dimana Anda Boleh Menontonnya


Wabak coronavirus kini sudah menjejaskan banyak negara di seluruh dunia sehinggakan WHO mengisytiharkan Pandemik. Justeru itu, orang ramai diminta mengambil langkah berjaga-jaga seperti tidak menganjurkan perhimpunan, elakkan dari pergi ke tempat yang sesak dengan orang ramai, menjaga kesihatan diri, mematuhi arahan pihak berkuasa, tangguh lawatan ke luar negara dan mendapat rawatan segera sekiranya mengalami gejala penyakit.

Atas dasar prihatin dan ingin memberi sedikit gambaran mengenai bahaya pandemik penyakit melalui medium hiburan, kami di Kakimuvee ingin kongsikan beberapa filem mengenai pandemik penyakit yang anda boleh mengambil iktibar. Kami turut kongsikan platform streaming dimana ada boleh menonton filem-filem yang tersenarai. Platform yang kami kongsikan memerlukan langganan sebelum anda dapat menontonnya.

* Filem yang tersenarai tidak melibatkan filem-filem bertemakan zombi

1. Contagion (2011)

Platform streaming: Hulu, Netflix

Contagion adalah filem thriller perubatan yang diarahkan oleh Steven Soderbergh. Filem ini dibarisi pelakon-pelakon hebat Marion Cotillard, Bryan Cranston, Matt Damon, Laurence Fishburne, Jude Law, Gwyneth Paltrow, Kate Winslet, dan Jennifer Ehle.


Plot filem berkisarkan tentang penularan virus yang disebarkan oleh fomit, usaha penyelidik perubatan dan pegawai kesihatan awam untuk mengenal pasti punca dan membendung penyebaran penyakit, kacau bilau sosial ketika pandemik, dan akhirnya pengenalan vaksin untuk menghentikan penyebarannya. Untuk mengikuti beberapa garisan plot yang berinteraksi, filem menggunakan gaya “hiperpautan pawagam” berbilang naratif, yang sering dipopularkan dalam beberapa filem arahan Soderbergh.

2. Outbreak (1995)

Platform Streaming: Netflix (memerlukan penggunaan VPN)

Filem bencana perubatan arahan Wolfgan Petersen yang diterbitkan pada tahun 1995 dan berdasarkan novel non-fiksyen The Hot Zone tulisan Richard Preston. Menampilkan barisan pelakon seperti Dustin Hoffman, Rene Russo, and Morgan Freeman and co-stars Cuba Gooding Jr., Kevin Spacey, Donald Sutherland, dan Patrick Dempsey.

Filem ini memberi tumpuan kepada penyebaran wabak virus fiksyen yang merupai Ebola yang digelar Motaba, di Zaire dan kemudian di sebuah pekan kecil di Amerika Syarikat. Ditetapkan Institut Penyelidikan Perubatan Perubatan Tentera Amerika Syarikat dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit dan bandar fiksyen Cedar Creek, California. Plot Outbreak memaparkan sejauh mana kerjasama pihak tentera dan agensi awam dalam membendung penyebaran penyakit merbahaya itu.

3. The Flu (2013)

Platform Streaming: iTunes, Prime, Netflix (memerlukan VPN)

Filem bencana dari Korea Selatan yang ditulis dan diarahkan oleh Kim Sung-su. Mengisahkan tentang wabak virus merbahaya H5N1 yang membunuh mangsa dalam tempoh 36 jam dan menyebabkan daerah Bundang yang terletak di Seongnam (populasi hampir setengah juta orang) menjadi huru hara. Dibintangi Jang Hyuk dan Soo Ae.

4. The Cassandra Crossing (1976)

Platform streaming: Tubi, YouTube, Google Play

Filem klasik bencana arahan George Pan Cosmatos dan dibintangi pelakon seperti Sophia Loren, Richard Harris, Ava Gardner, Martin Sheen, Burt Lancaster, Lee Strasberg dan O. J. Simpson. Mengisahkan tentang pengganas Sweden yang sengaja menyebarkan penyakit merbahaya kepada penumpang keretapi, dan mereka semua tidak dibenarkan untuk keluar dari keretapi tersebut.

5. Virus (2019)

Platform streaming: Prime

Filem thriller perubatan Tamil arahan Aashiq Abu yang berdasarkan dari kejadian penyebaran wabak virus Nipah yang pernah berlaku di Kerala sekitar tahun 2018. Plot filem memaparkan usaha para petugas perubatan dan agensi kerajaan dalam membendung penyebaran virus Nipah dikalangan komuniti.

6. Deranged (2012)

Platform Streaming: iTunes, Youtube, Netflix (memerlukan VPN)

Filem thrillerperubatan pertama Korea Selatan lakonan Kim Myung-min, Kim Dong-wan, Moon Jung-hee dan Lee Ha-nui. Parasit yang menjangkiti mengsa telah mendorong mereka yang dijangkiti melemaskan diri sendiri. Apabila keluarga seorang lelaki telah dijangkiti parasit membahaya ini, dia harus melakukan apa yang termampu untuk mencuba dan mencari penawar dikala keadaan semakin merebak di seluruh negara.

7. The Last Day (2013)

Platform streaming: Hulu

Filem dari Sepanyol ini berkisarkan tentang wabak misteri yang telah merebak di seluruh dunia, menyebabkan umat manusia mengalami ketakutan yang tidak rasional terhadap ruang terbuka sehingga menyebabkan kematian dalam tempoh beberapa saat. Tidak lama kemudian, seluruh penduduk global terperangkap di dalam bangunan. Ketika Barcelona turut menjadi huru-hara, Marc melancarkan usaha untuk mencari Julia, teman wanita yang hilang – tanpa perlu menjelajah di luar bangunan.

8. Blindness (2008)

Platform streaming: iTunes, GooglePlay, Prime

Filem lakonan Julianne Moore, Mark Ruffalo, dan Gael García Bernal ini mengisahkan tentang seorang isteri kepada pakar mata yang menjadi satu-satunya orang yang mampu melihat, selepas semua orang disebuah bandar diserang dengan penyakit misteri yang menyebabkan kebutaan. Dia berpura-pura sakit demi menjaga suaminya ketika komuniti di sekelilingnya menjadi huru-hara dan kekacauan.

9. The Happening (2008)

Platform Streaming: Hulu

The Happening merupakan filem seram yang ditulis, diarah, dan diterbit bersama oleh M. Night Shyamalan. Dibintangi Mark Wahlberg, Zooey Deschanel, John Leguizamo, dan Betty Buckley. Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang perlu menyelamatkan diri selepas satu serangan misteri yang mendorong manusia untuk membunuh diri.

10. 12 Monkeys (1995)

Plaform streaming: Hulu

Filem neo-noir sains fiksyen lakonan Bruce Willis, Madeleine Stowe, dan Brad Pitt. Di dunia masa depan yang musnah akibat penyakit, seorang banduan dihantar kembali ke masa lampau untuk mengumpulkan maklumat mengenai virus buatan manusia yang telah menghapuskan sebahagian besar populasi manusia di planet Bumi.

Sumber: Ranker.com, vulture.com, Wikipedia, IMDb


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee