Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Fattah Amin Bakal Muncul Dalam Filem Seram Berjudul MIIMALAND

Selepas dua tahun menyepi dari dunia perfileman, Fattah Amin kembali membuat kemunculan semula menerusi filem seram terbaru berjudul Miimaland. Filem arahan Nevin Hiong itu telahpun memulakan penggambarannya September tahun lalu, dan tamat pada Oktober pada tahun yang samm.

Menerusi tulisannya dilaman Instagram, Fattah Amin telah kongsikan pengalamannya ketika menjalani penggambaran.

“Filem “Miimaland” berjaya disiapkan walaupun banyak kejadian yang berlaku ketika penggambaran berlangsung. Saya tidak boleh beritahu apa maksud saya tetapi anda boleh tanya sesiapa yang pernah nampak ‘benda’ itu.

“Walau apapun, saya sangat seronok dapat menjayakan watak sebagai Ariel, bekerjasama dengan kumpulan produksi yang hebat dan anda semua perlu nantikan tayangan filem ini!”

Miimaland akan berdasarkan taman tema pertama Malaysia iaitu Malaysia In Miniature Land atau nama singkatannya Mimaland. Taman tema yang dibuka pada tahun 1971 itu dibiarkan terbengkalai selepas berlakunya tragedi tanah runtuh.

Selain Fattah, Miimaland turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Sophie Koshka, Camelia Natasya, Zalif Sidek, Esdher Wang dan Hazzy Alzeeq. Diterbitkan oleh Kozjin Entertainment, Miimaland akan menemui penonton pada 4 Jun 2020.

Kredit: Cinema Online

Related posts

Hidangan Istimewa Raya Dari Monsta

Kakimuvee

[TRAILER] Jay Zulkarnain Kembali Dalam Sekuel J2: J Retribusi, Eksklusif Di Disney+ Hotstar MY

Kakimuvee

MENCARI RAHMAT Inspirasi Daripada Naskah Terkenal Oscar Wilde ‘The Importance Of Being Earnest’

Kakimuvee

Nikmati Podcast Ramadan Baharu Di SYOK, ‘The Deen Hustlers Show’ & ‘Hikmah’ Musim ke-2

Zulaikha

Kerana Barkoba “18 Puasa Di Kampong Pisang” Kutip RM1 Juta Dalam Masa 3 Hari

Kakimuvee

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee