
Marvel Cinematic Universe merupakan antara francais yang paling pesat berkembang, dan ia kini sudah melangkah lebih jauh yang membawa penonton meneroka dunia ‘Multiverse’. Antara filem dan kandungan di Disney+, dominasi studio itu terus jelas kelihatan, walaupun Fasa 4 nampaknya mengalami sedikit penolakan dan kecaman dari penonton, khususnya dari peminat Marvel.Ā
Perjalanan menuju ke puncak tidaklah mudah, bagaimanapun, dan beberapa pelakon dan pembikin filem merasa kecewa sepanjang perjalanan francais itu, sehinggakan ada berikrar untuk tidak akan bekerjasama lagi dengan Marvel.
Antara yang sering dikaitkan adalah “perbezaan kreatif”, tetapi banyak tuduhan berat telah dibuat terhadap Marvel Studios selama ini. Daripada mengurangkan peranan pelakon hinggalah mengawal filem semasa proses pasca produksi, tidak semua orang boleh mengikuti cara MCU melakukan sesuatu.
Berikut adalah pelakon dan pembikin filem yang tidak lagi berminat untuk berkerjasama dengan Marvel:
8. Alan Taylor (Thor: The Dark World)
Penyertaan Alan Taylor menyebabkan peminat berharap,Ā Thor: The Dark WorldĀ dapat membawa nada dan visual yang sama sepertimana dia lakukan dalam siri popularĀ Game of Thrones.Ā
Sebaliknya, dia menyampaikan filem generik menyeluruh yang dianggap sebagai salah satu filem terburuk Marvel.
Taylor menyifatkan, “pengalamannya dalam Marvel” sebagai “sangat menyedihkan, kerana dia diberi kebebasan mutlak semasa menjalani penggambaran, tetapi apabila semasa pasca-produksi, ia bertukar menjadi filem yang berbeza.”
Dia juga menambah, “Ia adalah sesuatu yang dia harapkan tidak akan berulang, dan tidak mahu mengharapkan orang lain.”
Nampanya, Alan Taylor menghadapi masalah semasa proses pasca-produksi sehingga menyebabkan filemĀ Thor: The Dark WorldĀ menjadi antara filem yang paling teruk dalam Marvel.Ā
7.Ā Mickey Rourke (Whiplash, Iron Man 2)
Mickey Rourke mendakwa dia menghabiskan masa berbulan-bulan meneliti peranan Whiplash, malah menghabiskan masa di penjara untuk masuk ke dalam pemikiran wataknya.
Tetapi, apa yang berlaku di skrin, wataknya hany satu dimensi, dan dakwanya, kebanyakkan persembahannya telah dipotong!.Ā
Rourke akhirnya berkata, “Jika mereka mahu membuat filem buku komik yang tidak berguna, maka saya tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.”
Jadi, adakah Marvel benar-benar memotong peranannya?
6. Edgar Wright (Ant-Man)
Bagi mengaitkanĀ Ant-ManĀ dengan filem-filem lain dalam MCU, Kevin Feige telah membawa masuk penulis bagi melakukan pekara tersebut. Tetapi Edgar Wright, pada waktu itu sebagai pengarah, merasa perubahan lakon layar dalam filemnya sangat tidak sesuai dengan jiwanya.Ā
Jadi, apa yang berlaku? dia meninggalkan projek tersebut.Ā
“Mereka mahu membuat draf tanpa saya, dan setelah saya menulis semua filem saya yang lain.”
“Itu adalah pekara yang sukar. Jadi saya memikirkan, jika saya melakukan salah satu daripada filem ini, saya ingin menjadi penulis-pengarah. Tiba-tiba, anda hanya menjadi pengarah yang diupah, anda akan kurang berminat dan mula tertanya-tanya mengapa anad berada di sana.”
Marvel tidak harus dipersalahkan 100% dalam hal ini, kerana tugas untuk mengaitkan semua filem-filem Marvel dalam MCU terletak pada penulis skrip dan visi pihak studios.Ā
5. Hugo Weaving (Red Skull,Ā Captain America: The First Avenger)
Selepas memainkan watak penjahat Red Skull dalam Captain America: The First Avenger, dia berkata pada 2012 bahawa “ia bukan sesuatu yang saya mahu lakukan lagi.”
Kemudian, dia akhirnya mendedahkan bahawa dia telah diminta untuk memainkan semula peranannya dalam dua filem Avengers yang terakhir, tetapi menolak tawaran itu hanya disebabkan masalah kontrak dan bayaran.Ā
Menurut Weaving, Marvel telah menolak kontrak sebelumnya dan menawarkan bayaran yang jauh lebih sedikit dari filemnya yang pertama, sedangkan di dalam kontrak pertama yang ditandatanganinya, bayaran sepatutnya semakin meningkat setiap kali dia membintangi filem seterusnya.
4.Ā Scott Derrickson (Doctor Strange)
Doctor StrangeĀ sangat berhati-hati dalam menceritakan asal-usul Sorcerer Supreme, tetapi filem itu adalah satu kehebatan visual dan telah membawa sesuatu yang baharu kepada MCU.
Scott Derrickson, yang mengarahkan filem pertama, telah ditugaskan untuk mengarahkan sekuel,Ā tetapi “perbezaan kreatif” yang dicuba dan diuji telah menyebabkan dia meninggalkan projek itu pada peringkat awal produksi.
Dia mahu membuat filem seram pertama MCU, tetapi fokus Kevin Feige hanyalah membawakan wira itu ke dalamĀ Marvel Multiverse.
Pembikin filem itu telah memilih kata-katanya dengan berhati-hati semasa membincangkan pengundurannya, tetapi nampaknya terdapat pertembungan visi yang agak besar tentang bagaimana sekuel itu harus berlaku.Ā
Sam Raimi kembali ke dunia Marvel untuk mengarahkan Doctor Strange in the Multiverse of Madness, dan dengan Derrickson beralih kepada cerita lain (terutamanya berlatarkan dunia seram), kita semestinya ragu-ragu sama ada Derrickson akan kembali untuk Doctor Strange 3.
3.Ā Ed Norton (Bruce Banner,Ā The Incredible Hulk)
Pengunduran yang paling kontroversi dalam sejarah Marvel. Ramai yang mahu Ed Norton kembali mengulangi peranannya sebagai Bruce Banner, dan tidak kurang juga membandingkan pelakon ini dengan Mark Ruffalo.Ā
Tetapi pengunduran Norton dari MCU adalah disebabkan sikapnya yang suka campur tangan dalam proses produksi dan juga semasa suntingan.
Norton telah membuat beberapa siri perubahan pada lakon layar filem itu dan telah melangkaui apa yang disukai pihak studio. Dia juga mendesak agak dibenarkan untuk terlibat dalam proses suntingan, tetapi Kevin Feige menolak permintaannya.
Disebabkan itu, dia kemudian enggan melakukan apa saja untuk membantu mempromosikan filem tersebut.
Dia meninggalkan peranan itu tidak lama kemudian, dan Marvel menggantikan tempatnya semasa Comic-Con pada tahun 2010 dengan Mark Ruffalo mengambil alih watak Bruce Banner.
Adakah dia berminat untuk kembali ke MCU? agak diragui, tetapi Norton pada tahun lalu pernah berkata bahawa dia akan kembali ke MCU,Ā “Mungkin sebagai penjahat, Mungkin saya akan menulis sendiri.”
Sambungnya lagi,Ā “Saya tidak tahu, saya terbuka pada segala-galanya.”
2. Joss Whedon (The Avengers,Ā Avengers Age Of Ultron)
Ā
Joss Whedon mengarahkan dua filem blockbuster yang meraih $1 bilion untuk Marvel Studios, tetapi apabila tiba masanya untuk mencari pengarah untuk Infinity War, Joe dan Anthony Russo diberi tugasan itu.Ā
Terdapat pertelingkahan yang kerap berlaku semasa produksi Avengers: Age of Ultron, dengan Whedon dipaksa memasukkan Thor, dan Kevin Feige menolak ideanya untuk memasukkan Captain Marvel dalam filem itu.Ā
Sejak itu, Whedon berkata bahawa keadaan menjadi “sangat tidak menyenangkan” antara dia dan Marvel. Memandangkan publisiti negatif yang menyelubungi Justice League dan banyak tuduhan yang dilemparkan terhadap pembikin filem itu, tidak mungkin dia akan kembali ke MCU.
1. Terrence Howard (Rhodey,Ā Iron Man)
Iron Man menggoda kemungkinan Rhodey menjadi War Machine, tetapi Terrence Howard tidak pernah mendapat peluang itu.Ā
Dia mahukan lebih banyak wang untuk kembali dalam sekuel, tetapi Marvel Studios menolaknya. Keputusan itu dilaporkan dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Marvel Entertainment Ike Perlmutter, seorang tokoh kontroversi yang mengeluarkan kenyataan, “Tiada siapa yang akan perasan jika Rhodey digantikan dengan pelakon lain.. kerana watak itu dilakonkan oleh pelakon kulit hitam.”
Robert Downey Jr. menerima bayaran yang rendah berbanding Howard untuk Iron Man, tetapi pekara itu berubah semasa filem sekuel.
“Ternyata orang yang saya bantu menjadi Iron Man, apabila tiba masanya untuk membuat semula untuk yang kedua, mengambil wang yang sepatutnya pergi kepada saya dan menolak saya keluar,” dakwa pelakon itu.
“Mereka datang kepada saya untuk filem kedua, dan berkata, ‘Lihat, kami akan membayar anda satu perlapan dari kontrak sedia ada, kerana kami rasa, yang kedua akan berjaya, dengan atau tanpa anda.’
Terrence Howard menolak tawaran itu, dan watak Rhodey digantikan dengan pelakon lain, dan sekuel itu? tetapi sukses.
Sumber: Comicbookmovie