Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Ethan Hawke Bawa Watak ‘Villain’ Dalam Siri Disney+ “Moon Knight”


Siri Marvel Disney+ Moon Knight terus mengembangkan barisan pelakonnya, kali ini calon Oscar Ethan Hawke (The Magnificent Seven, Predestination) dilaporkan sertai Oscar Issac dengan memainkan peranan sebagai ‘viallin’. 

Bagaimanapun, watak villain yang akan dibawa Hawke buat masa ini masih belum diketahui. Aktor Oscar Isaac akan memainkan watak utama sebagai Marc Spector / Moon Knight manakala peranan May Calamawy (Ramy) masih belum diketahui.

Siri Moon Knight ditulis dan dibangunkan pencipta siri televisyen The Umbrella Academy, Jeremy Slater. Kesemua episod akan diarahkan oleh pembikin filem dari Mesir, Mohamed Diab, dengan Gregory Middleton (Final Girl, Watchmen, Game of Thrones) dan Stefania Cella (Morbius) masing-masing sebagai sinematofrafer dan perekabentuk produksi.

Karakter Moon Knight dicipta Doug Moench dan Don Perlin pada tahun 1975 menerusi komik “Werewolf by Night” #32. Moon Knight adalah alter ego Marc Spector, seorang peninju dan bekas askar marine Amerika Syarikat. Spector mencipta beberapa identiti seperti pemandu teksi bernama Jake Lockley dan jutawan playboy bernama Steven Grant, dalam usahanya membanteras jenayah. 

Abiliti Spector sebelum ini bergantung pada kitaran bulan dimana ia membantu meningkatkan kekuatan, kepantasan dan ketahanannya. Bagaimanapun, versi terbaru karakternya hampir mirip seperti karakter komik DC, Batman dimana dia bergantung pada teknologi dan kepakarannya dalam seni mempertahankan diri, serta kemahirannya sebagai detektif.



Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee