Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Permainan Video Siri TV

Kantemir Balagov Arah Episod Pertama Siri “The Last of Us”

Kantemir Balagov (Beanpole) akan menjadi pengarah untuk episod pilot siri adaptasi The Last of Us, menggantikan tempat Johan Renck yang terpaksa berundur dari projek itu disebabkan konflik jadual, lapor The Hollywood Reporter.

Plot ditetapkan dua puluh tahun setelah tamadun moden musnah. Joel, seorang survivor yang cekal, diupah untuk menyeludup Ellie, gadis yang berusia 14 tahun, keluar dari zone kuarantin yang kejam. Apa yang bermula sebagai pekerjaan kecil bertukar menjadi perjalanan yang sangat kejam dan memilukan. Mereka berdua mesti merentasi A.S. dan saling bergantung antara satu sama lain untuk terus bertahan.

Advertising

The Last of Us adalah permainan video aksi-survival seram yang dimainkan melalui perspektif orang ketiga. Ia dikembangkan oleh pembangun permainan video yang berpangkalan di Santa Monica, Naughty Dog, yang juga terkenal dengan penghasilan permainan video Uncharted. Permainan video ini pertama kali dilancarkan pada tahun 2013 untuk PlayStation 3 dan 2014 untuk PlayStation 4 di mana ia segera mendapat pujian kritikal untuk naratif, permainan, visual, reka bentuk bunyi, dan karakter.

Permainan video ini telah terjual lebih dari 17 juta salinan dan berjaya memenangi banyak anugerah termasuk beberapa anugerah ‘Game of the Year’. Hampir 7 tahun sejak dilancarkan, The Last of Us telah diakui sebagai salah satu permainan video terhebat yang pernah dihasilkan.

Pencipta Chernoby Craig Mazin dan pengarah kreatif serta penulis permainan video The Last of Us, Neil Druckman, akan menulis lakonlayar siri ini. Mazin turut bertindak sebagai penerbit eksekutif bersama-sama Carolyn Strauss, presiden Naughty Dog Evan Wells, dan penerbit PlayStation Productions, Asad Qizilbash dan Carter Swan. Projek terbaru ini merupakan kerjasama antara Sony Pictures Television dan PlayStation Productions

Advertising

Related posts

Netflix Lancar Teaser Pertama Siri Superhero “Jupiter’s Legacy”

Kakimuvee

Marvel Dedah Gambar Terbaru “The Falcon and the Winter Soldier”

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Hawkeye” Papar Aksi Kejar-Mengejar Dengan Tracksuit Mafia

Kakimuvee

HBO Max Bakal Hasilkan Siri “Constantine”

Kakimuvee

Produksi Musim Ke-3 “The Umbrella Academy” Telahpun Bermula

Kakimuvee

[Trailer] Siri Prasekolah Original Netflix Akan Ditayangkan Pada Mac 2021

Zulaikha

Leave a Comment