Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Mr. Queen” Terus Dominasi Slot Tayangan

Drama tvN Mr. Queen terus popular dikalangan penonton.

Pada 16 Januari, drama hit itu terus mengekalkan penguasaan dalam slot waktunya di semua saluran, termasuk rangkaian awam (sesuatu yang sukar dicapai untuk drama dari siaran kabel).

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru Mr. Queen telah mencatatkan sekor sebanyak 12.5 peratus dan kemuncaknya sebanyak 14.5 peratus. Drama ini juga kekal nombor satu dikalangan demografi utama berusia 20 hingga 49 tahun, dengan mencatatkan purata rating sebanyak 7.1 peratus dan kemuncaknya sebanyak 8.3 peratus. 

Sementara itu, drama OCN The Uncanny Countemenyaksikan sedikit penurunan rating. Episod terbaru drama superhero itu telah mencatatkan purata rating sebanyak 9.4 peratus. Drama JTBC Hush menjunam ketahap terendah sepanjang siarannya dengan rating sebanyak 1.9 peratus. 

Drama SBS Delayed Justice kekal stabil dengan purata rating sebanyak 4.5 peratus dan 5.5 peratus untuk dua bahagiannya. Akhir sekali, drama KBS 2TV Homemade Love Story terus menjadi drama paling banyak ditonton pada Sabtu malam. Episod terbaru drama hit itu telah merekodkan rating sebanyak 23. 2 peratus dan 29.7 peratus. 

Related posts

Park Seo Joon & Han So Hee Akan Bergandingan Dalam Drama Thriller Terbaru “Gyeongseong Creature”

Zulaikha

Jangan Lupa Saksikan Musim Terakhir “Snowdrop” & Menangi Poster Yang Ditandatangani Oleh Jung Hae-In & Jisoo.

Kakimuvee

CEO Netflix Sahkan Musim 2 “Squid Game”

Kakimuvee

Netflix Dedah Gambar Terbaru Seohyun Dari Filem “Love and Leashes”

Kakimuvee

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha