Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Episod Khas “Disney Gallery: The Mandalorian” Meneroka Kepulangan Semula Luke Skywalker Di Akhir Musim Kedua


Dalam finale Musim ke- 2 Star Wars: The Mandalorian tahun lalu, kehadiran Luke Skywalker adalah salah satu rahsia terbesar dan rahsia terbaik dari rancangan terkenal itu setakat ini. Episod tersebut telah mencetuskan pelbagai emosi di kalangan peminat yang gembira dapat melihat kembali Jedi Master Luke Skywalker selepas Return of the Jedi. 

Kisah disebalik teknologi canggih yang digunakan untuk membawa kembali Luke akan menjadi subjek dalam episod khas Disney Gallery: Star Wars: The Mandalorian yang akan ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 25 Ogos ini. 

“Making of the Season 2 Finale” adalah paparan belakang tabir tentang pembuatan “bab” paling terkenal The Mandalorian, dengan fokus pada teknologi yang digunakan untuk mencipta semula Luke Skywalker. Ini 

Ini merangkumi proses kolaborasi, termasuklah bekerjasama dengan Mark Hamill, untuk penciptaan semula yang autentik dan sesuai, dan mengeksplorasi tekanan dan tanggungjawab besar yang dirasai pembikin filem dalam membawa kembali salah satu watak terpenting dalam sejarah filem.

The Television Academy mengiktiraf musim kedua The Mandalorian semalam dengan 24 pencalonan anugerah Emmy, termasuklah Siri Drama Terbaik.


“Disney Gallery: Star Wars: The Mandalorian – Making of the Season 2 Finale” akan ditayangkan pada 25 Ogos ini, eksklusif di Disney+ Hotstar. 


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee