Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

[VIDEO] Deadpool Meminta Beberapa Petua MCU Dari Korg Dalam Reaksi Trailer “Free Guy”


Dengan tinggal sebulan sahaja lagi sebelum tayangan filem terbitan 20 Century Studios, Free Guy, 

Hanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum tayangan Free Guy terbitan 20th Century Studios, bintang utama Ryan Reynolds melayari Twitter untuk berkongsi video promosi yang menyeronokkan untuk filem aksi komedi arahan Shawn Levy, yang menampilkan Reynolds sebagai Deadpool.

Video tersebut, yang anda boleh lihat di bawah, memaparkan Deadpool mengundang Korg, lakonan Taika Waititi, untuk memberi reaksi terhadap trailer Free Guy. Di samping itu, Deadpool juga berpeluang bertanya kepada Korg mengenai beberapa petua untuk memasuki MCU. Teaser promo ini sebenarnya menandakan pertama kalinya ‘Merc with a Mouth’ berinteraksi secara rasmi dengan watak MCU sejak pemilikan Fox oleh Disney.

Dalam Free Guy, seorang juruwang bank yang mendapati dirinya adalah pemain latar dalam permainan video dunia-terbuka, telah memutuskan untuk menjadi pahlawan dalam ceritanya sendiri… yang ditulis semula olehnya. Sekarang, di dunia yang tidak ada batasan, dia bertekad untuk menjadi ‘lelaki’ yang menyelamatkan dunia dengan caranya yang tersendiri ..  sebelum terlambat. 

Free Guy diarahkan oleh Shawn Levy (Stranger Things) berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Matt Lieberman dan Zak Penn, dan cerita oleh Lieberman. 


Filem ini diterbitkan Ryan Reynolds, Shawn Levy, Sarah Schechter, Greg Berlanti dan Adam Kolbrenner bersama Mary McLaglen, Josh McLaglen, George Dewey, Dan Levine dan Michael Riley McGrath yang bertindak sebagai penerbit eksekutif. 

Free Guy akan memulakan tayangannya pada 13 Ogos ini.


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee

Deadpool 3 Akan Lebih Berani & Sangat ‘R-Rated’

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Video The Nun 2: James Wan Goda Sekuel Yang Terikat Dengan Kisah Conjuring

Kakimuvee