Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney dan Fox Kembali Berbincang Mengenai Penjualan Division Filem dan Televisyen?

Selepas perbincangan diantara Disney dan Fox terhenti seketika, kini terdapat laporan baru dari laman-laman web US yang mengatakan, dua syarikat hiburan terbesar Amerika kembali duduk semeja membincangkan perancangan perniagaan mereka.

Menurut laman web Deadline.com, Mike Fleming mendedahkan kedua-dua syarikat telah memulakan kembali proses perbincangan mereka yang telah terhenti beberapa kali. Malah beliau turut mendedahkan Disney mahu segera menyelesaikan perbincangan mereka untuk membeli division filem dan televisyen yang dimiliki oleh Fox.

Disney is progressing speedily toward that rumored acquisition of Fox. The version I heard has the Murdoch clan keeping possession of sports and news properties, and the rest of TV and the film studio going to Disney. – Mike Fleming

Walaupun tiada sebarang berita mengenai perbincangan diantara kedua-dua pihak terbabit, tetapi menurut Fleming, Disney dan Fox sengaja tidak menghebahkan pekara tersebut kepada umum dan mahu perbincangan mereka dilakukan secara tertutup. Proses ini telah lama dilakukan oleh Disney semasa mereka membeli Marvel dan Lucasfilm serta perjanjian diantara Disney-Sony untuk karakter Spider-Man.

Radio silence right now from both studios, and given how Disney made the Marvel and Lucasfilm deals under the cone of silence, if this happens we’ll probably only know it when it’s announced. – Mike Fleming. 

Bagaimanapun, untuk mengentahui perjanjian diantara kedua-dua syarikat tersebut berjaya ataupun tidak, kita kena menunggu pengumuman rasmi dari mereka.

Jika Disney berjaya memiliki division filem dan televisyen Fox yang kini dimiliki oleh 21th Century Fox, ia bermakna, karakter-karater Marvel yang dimiliki oleh Fox seperti X-Men dan Fantastic Four akan kembali ke pangkuan Marvel Studio. Ia bagaikan impian jadi nyata buat peminat-peminat Marvel yang mahukan karakter-karakter X-Men dan Fantastic Four muncul dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe. Cuma buat masa ini, kita tunggu dan lihat sejauh mana perbincangan Disney dan Fox ini berhasil.

Related posts

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

Leave a Comment