
Selepas filem Avengers: Infinity War dan Avengers 4, Marvel Cinematic Universe (MCU) akan menjalani satu transformasi yang cukup besar dalam fasa keempat MCU. Menurut Kevin Feige, President Marvel Studio, peminat akan menyaksikan satu fasa baru dalam dunia sinematik Marvel yang mana mereka peminat tidak akan jangkakan.
Antara yang mungkin berlaku selepas berakhirnya Avengers 4, kita bakal menyaksikan beberapa karakter utama akan ditamatkan riwayatnya dan bakal digantikan dengan karakter-karakter yang baru.
Semasa dengan temubual bersama Vanity Fair, adik-beradik Russo yang juga pengarah kedua-dua filem Avengers akan datang, Anthony dan Joe Russo berkata mereka tidak terlibat dengan perancangan fasa keempat Marvel, tetapi mereka boleh merencana pengakhiran beberapa karakter dan jalan cerita dalam filem Avengers yang diarahkan oleh mereka.
“So we know who we’reallowed to kill, and that’s about it. I don’t even think Marvel had any ideas about where they would go after [3 and 4]. It’s not an end for all of these characters; it’s an end for some of these characters. So some of these characters will go on. So it’s more complicated, that’s why it’s not a clean ending.”
“I think part of that is also the natural evolution of the series. You can’t keep making movies that are too similar. You can’t make the same movie over and over again. If Marvel is going to survive, they have to start making movies with characters who are a little different. They have to start allowing characters to die. They have to start having stakes really mean something if they want people to stay interested.” – The Russo Brothers
Menurut kedua-dua beradik tersebut, filem Avengers yang diarahkan oleh mereka itu bakal menyaksikan beberapa karakter bakal ditamatkan selepas lama berkhidmat sejak fasa pertama MCU sehingga fasa ketiga. Menurut mereka juga, dengan menamatkan beberapa karakter penting dalam MCU memberi peluang kepada Marvel untuk menghasilkan filem yang berbeza dengan memperkenalkan karakter-karakter baru berbanding menghasilkan filem-filem yang lebih kurang sama.
Siapakah karakter yang bakal mati dalam filem berkenaan masih didebatkan oleh peminat-peminat filem Marvel.
Ada yang mengatakan Captain America dan Iron Man bakal dimatikan dalam dunia MCU, tetapi yang pasti, penonton bakal menyaksikan sesuatu yang besar dalam filem Avengers akan datang. Apa yang pasti, dengan mematikan karakter utama dapat memberikan sesuatu yang fresh dalam filem-filem Marvel akan datang dan membuatkan penonton sentiasa berminat untuk menonton filem-filem baru Marvel nanti .
Jadi, siapakah karakter yang bakal di’bunuh’ oleh Anthony dan Joe Russo dalam filem Avengers akan datang? kongsikan teori anda diruangan komen.