Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

DEADPOOL 3: Zazie Beetz Tidak Akan Kembali Sebagai Domino Dalam Filem Akan Datang


Zazie Beetz, yang melakokan watak Domino dalam Deadpool 2, mendedahkan bahawa dia tidak akan kembali dalam filem ketiga yang akan datang. 

Semasa temu bual dengan Decider, Beetz telah ditanya mengenai bagaimana Deadpool 3 akan mengendalikan improvisasi, lebih-lebih mogok penulis yang masih berterusan yang mungkin menghalang Ryan Reynolds daripada melakukan lakonan spontannya.

“Nah, saya sebenarnya tidak berada dalam Deadpool 3, jadi saya tidak tahu apa yang mereka lakukan [tentang improvisasi],” kata Beetz.

“Saya mengandaikan mereka mungkin berhenti seketika… Saya teruja untuk menontonnya.”

Walaupun mogo penulis telah menjejasskan produksi filem dan telvisyen, ia tidak menghalang Deadpool 3 untuk memulakan penggambarannya pada bulan lepas.


Deadpool 3 bakal menyaksikan kepulangan Karan Soni (Dopinder), Leslie Uggams (Blind Al), Morena Baccarin (Vanessa), Stefan Kapicic (Colossus), Brianna Hildebrand (Negasonic Teenage Warhead), Shioli Kutsuna (Yukio), dan Rob Delaney (Peter).

Emma Corrin dan Matthew Macfadyen disahkan membintangi Deadpool 3, bagaimanapun watak mereka masih belum diketahui. Bintang Loki, Owen Wilson dikhabarkan akan muncul sebagai Morbius, dan jika perkhabaran itu tepat, filem ini dijangka menjadi satu lagi penggembaraan multiverse MCU.

Deadpool 3 akan ditayangkan di pawagam pada 8 November 2024. 


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee