Official Trailer

Bumi Diancam Komet Dalam Trailer Terbaru GREENLAND Lakonan Gerard Butler

Views

STX Films telah melancarkan trailer terbaru filem bencana Greenland lakonan Gerard Butler. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Greenland berkisarkan tentang sebuah keluarga yang berjuang untuk hidup dikala serpihan komet sedang menunju ke Bumi. John Garrity (Gerard Butler), Allison (Morena Baccarin), dan anak lelaki mereka Nathan, memulakan perjalanan yang merbahaya dengan harapan dapat mencari perlindungan.

Ditengah-tengah berita yang menakutkan dimana bandar-bandar diseluruh dunia musnah akibat serpihan komet, Garrity berhadapan dengan situasi yang cukup buruk, disebabkan perasaan panik masyarakat yang ketakutan.

Greenland turut dibintangi Morena Baccarin (Deadpool, V) dan Scott Glenn (The Hunt for Red October, The Silence of the Lambs). Filem ini ditulis oleh Chris Sparling (Buried, The Sea of ​​Trees) serta Mitchell LaFortune.

Diarahkan Ric Roman Waugh (Shot Caller, Snitch), filem ini diterbitkan Basil Iwanyk (Sicario, John Wick) bersama-sama Butler dan Alan Siegel.

Greenland akan menemui penonton tempatan tidak lama lagi.

Tinggalkan Balasan

shares