Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Siri Anime Cyberpunk 2077 Bakal Dihasilkan!

Pembangun pemainan video CD Projekt Red memberi khabar gembira kepada pengemar permainan video yang sedang menantikan permainan Cyberpunk 2077. 

Sebuah siri anime 10 episod yang diadaptasikan dari permainan tersebut bakal dihasilkan tidak lama lagi dan akan disiarkan di Netflix.





Projek kerjasama diantara Netflix, CD Projekt Red dan syarikat animasi Jepun, Studio Trigger ini akan diumulakan tidak lama lagi dan dijangka akan menemui penonton di platform penstriman Netflix pada 2022.

Anime berjudul Cyberpunk: Edgerunners ini merupakan sebuah cerita ‘standalone’ yang berkisarkan tentang seorang kanak-kanak jalanan yang cuba bertahan di zaman futuristik dimana teknologi dan modifikasi badan menjadi obses dikalangan masyarakat. Setelah hilang segalanya, dua memilih untuk menjadi ‘edgerunner’ – tentera upahan yang juga dikenali sebagai ‘cyberpunk’.

Siri anime ini akan berada dalam dunia yang sama dalam permainan video yang akan dilancarkan kelak.

Cyberpunk 2077 merupakan permainan video yang dibangunkan CD Projekt Red, syarikat pembangunan permainan video yang turut menghasilkan francais The Witcher. Permainan video berkonsepkan dunia-terbuka RPG ini menampilkan pelakon terkenal Keanu Reeves

Permainan video Cyberpunk 2077 ini akan dilancarkan pada 17 September dan boleh dimainkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC.




Related posts

Matt Reeves Dedah Kenapa Dia Tolak Skrip Yang Ditulis Oleh Ben Affleck

Kakimuvee

Aksi Padat Mengejar $5 Billion Dalam Trailer Terakhir “Uncharted”

Kakimuvee

Viu Menggandakan Penerbitan Asli Untuk Asia

Kakimuvee

Bintang “Ant-Man 3” Evangeline Lilly Dikecam Kerana Menentang Mandat Vaksin

Kakimuvee

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee
Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman