Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Pelakon Popular Woo Do-Hwan Sertai Latihan Ketenteraan

Bintang drama The King: Eternal Monarch, Woo Do-hwan mengejutkan peminat apabila mengumumkan akan mengikuti latihan wajib ketenteraan bulan depan menerusi sepucuk surat yang  dimuat naik di Instagram, semalam.

Menerusi surat itu, pelakon tersebut meluahkan rasa kesal kerana tidak berkesempatan untuk bertemu dan mengucapkan selamat tinggal.

“Saya akan mendaftar sebagai tentera pada 6 Julai ini. Saya berasa menyesal kerana tidak dapat bertemu dengan anda dan mengucapkan selamat tinggal.

“Anda mungkin terkejut dengan perkhabaran yang tiba-tiba ini, tetapi saya menulis surat ini kerana saya ingin mengumumkan ini secara peribadi kepada anda iaitu peminat saya terlebih dahulu,” katanya.

Isi surat itu juga antara lain Do-hwan  mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang menyokong kerjaya seninya selama ini.

“Saya gembira ketika menjayakan setiap projek. Terima kasih atas cinta yang diberikan semua orang kepada saya. Terima kasih juga kerana sudah menyaksikan saya di usia 20-an dan mencintai saya. Berkat itu, saya boleh menghabiskan usia 20-an dengan sangat bahagia,” katanya.

Do-hwan juga meminta dan berharap semua peminat agar terus sihat dan berbahagia biarpun masih berdepan penularan pandemik Covid-19.

“Saya akan kembali dalam keadaan sihat, baik dan bekerja sekali lagi. Saya sangat mencintai anda semua dan berasa sangat bersyukur. Tiada kata-kata yang dapat saya ungkapkan,” katanya.

Rakan artis lain iaitu Jung Il-woo dan pelakon yang turut terbabit dalam siri The King: Eternal Monarch, Kim Go-eun, turut menulis di ruangan komen.

Sumber: Harian Metro

Related posts

TUDUM: Netflix Umum Jadual Pelancaran Untuk Filem & Siri Korea Yang Akan Datang

Zulaikha

“Yumi’s Cells” Capai Rating Tertinggi, “One The Woman” Kekal No. 1

Zulaikha

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama dan Filem Hebat di Suku Tahun Ke-4

Zulaikha

Rating “Hometown” Meningkat Pada Episod Ke-2, “Dali And Cocky Prince” Kekal No. 1

Zulaikha

SERIGALA LANGIT TAYANG DI ASTRO FIRST 25 SEPTEMBER 2021

Kakimuvee

Rancangan Variety “Unexpected Business” Mungkin Akan Kembali Untuk Musim Kedua

Zulaikha

Leave a Comment