Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Permohonan Amber Heard Untuk Perbicaraan Semula Di Tolak Mahkamah


Nampaknya peluang Amber Heard untuk mengetepikan keputusan juri yang memihak kepada Johnny Depp pada perbicaraan kes saman fitnah yang lalu telah tertutup. 

Mahkamah di Virginia telah menolak tuntutan pelakon Amber Heard untuk menjalankan perbicaraan baharu bagi kes fitnah membabitkan bekas suaminya Johnny Depp.

Peguam Heard meminta Hakim Penney Azcarate untuk mengetepikan keputusan juri yang memberikan AS$10 juta (RM44.39 juta) kepada Depp dan mengisytiharkan perbicaraan silap, namun hakim berkenaan menolak permintaan itu.

Heard meminta perbicaraan baharu kerana salah seorang daripada tujuh juri itu bukanlah lelaki yang dipanggil untuk perkhidmatan juri tetapi anaknya dalam kes tersalah identiti.

“Tiada bukti penipuan atau salah laku dan juri memenuhi keperluan berkanun untuk perkhidmatan. Juri sudah disemak, menduduki seluruh juri, dibincangkan dan mencapai keputusan,” kata Azcarate.


Juri pada bulan lalu mendapati Depp dan Heard melakukan fitnah antara satu sama lain. Namun, keputusan lebih kuat berpihak kepada bintang Pirates of the Caribbean itu berikutan perbicaraan sengit selama enam minggu membabitkan dakwaan penderaan rumah tangga.

Kes itu yang disiarkan secara langsung kepada jutaan orang, memaparkan butiran menyeramkan dan mendalam tentang kehidupan peribadi selebriti Hollywood itu.

Hakim kemudian memberikan ganti rugi AS$10 juta kepada Depp selepas mendapati artikel akhbar 2018 yang ditulis oleh Heard mengenai pengalamannya keganasan seksual adalah fitnah.

Depp yang berusia 59 tahun menyaman Heard atas artikel di akhbar Washington Post, di mana dia tidak menamakannya, namun menggambarkan dirinya sebagai selebriti yang mewakili keganasan domestik.

Heard berusia 36 tahun yang membuat saman balas dianugerahkan AS$2 juta (RM8.88 juta).

Sumber: Harian Metro


Related posts

[TRAILER] Amber Heard Bakal Muncul Dalam Filem Terbaru ‘In The Fire’

Kakimuvee

Bayaran AS$1 Juta Amber Heard Ke Johnny Depp Akan Disalur Ke Badan Amal

Kakimuvee

Johnny Depp Ditawarkan AS$20 Juta Untuk Kembali Sebagai Jack Sparrow, Namun Dia Menolak

Kakimuvee

Johnny Depp Jalin Hubungan Cinta Dengan Peguam Sendiri, Tetapi Bukan Camille Vasquez

Kakimuvee

Saga Amber Heard-Johnny Depp Diteruskan, Kedua-Duanya Enggan Bayar Ganti Rugi

Kakimuvee

Amber Heard ‘Merayu’ Kepada Johnny Depp Untuk Kurangkan Hutang AS$10 juta

Kakimuvee