Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Saga Amber Heard-Johnny Depp Diteruskan, Kedua-Duanya Enggan Bayar Ganti Rugi


Konflik aktor Hollywood sensasi, Johnny Depp dan bekas isterinya, Amber Heard belum berakhir di mahkamah.

Mengikut laporan E! News yang memetik dokumen mahkamah pada 22 Julai lalu, bintang Pirates of theĀ CaribbeanĀ itu memfailkan notis rayuan untuk membatalkan ganti rugi pampasan sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta) yang perlu diberikan kepada Heard semasa perbicaraan kes saman fitnah.

“Keputusan sangat positif untuk Depp. Keputusan bercakap bagi pihaknya sendiri dan Depp percaya ini adalah masa untuk kedua-dua pihak meneruskan kehidupan dan sembuh daripada kelukaan.

“Namun, jika Heard bertekad untuk meneruskan rayuan, Depp juga akan memfailkan rayuan serentak untuk memastikan rekod penuh dan semua isu undang-undang yang berkaitan dipertimbangkan oleh Mahkamah Rayuan,” kata jurucakap Depp menerusi kenyataan kepada E! News.

E! News juga dikhabarkan meminta komen dari pasukan Heard, namun, belum menerima sebarang maklum balas.


Awal bulan lalu, selepas enam minggu perbicaraan kes saman fitnah Depp, 58, terhadap Heard, 36, juri yang bersidang Mahkamah Circuit di Fairfax Country, Amerika Syarikat, memutuskan Depp dibayar ganti rugi AS$15 juta (RM65.7 juta).

Juri memutuskan Depp dibayar AS$10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif. Juri juga membuat keputusan Heard dibayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta).

Pada 21 Julai, menurut dokumen mahkamah diperoleh oleh E! News, Heard dan pasukan guamannya memfailkan rayuan terhadap keputusan dalam kes saman fitnah terhadapnya.

“Kami percaya mahkamah membuat kesilapan menghalang keputusan yang adil selaras dengan Pindaan Pertama.

“Oleh itu, kami merayu keputusan itu. Walaupun menyedari pemfailan hari ini akan mencetuskan kekecohan di laman Twitter, terdapat langkah yang perlu diambil untuk menuntut keadilan,” kata jurucakap Heard dalam satu kenyataan kepada E! News.

Wakil Depp membalas rayuan dengan memberitahu tetap yakin keputusan tidak akan berubah.

Dalam temu bual bersama NBC News, Heard mengimbas semula perbicaraan dan mengakui masih mempunyai perasaan cinta terhadap bekas suaminya. Pada masa yang sama, Heard menyifatkan perbicaraan itu sebagai pengalaman sukar.

“Setiap hari, saya melepasi tiga, empat hingga enam blok yang dipenuhi dengan peminat memegang papan tanda berkata, ‘Bakar ahli sihir. Maut untuk Amber.’

“Selepas lebih tiga minggu, saya mengambil pendirian dan melihat mahkamah penuh dengan peminat Kapten Jack Sparrow yang lantang dan bertenaga.

“Ini adalah perkara paling memalukan dan mengerikan pernah dilalui. Saya tidak pernah rasa jauh ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian


Related posts

[TRAILER] Amber Heard Bakal Muncul Dalam Filem Terbaru ‘In The Fire’

Kakimuvee

Bayaran AS$1 Juta Amber Heard Ke Johnny Depp Akan Disalur Ke Badan Amal

Kakimuvee

Johnny Depp Ditawarkan AS$20 Juta Untuk Kembali Sebagai Jack Sparrow, Namun Dia Menolak

Kakimuvee

Johnny Depp Jalin Hubungan Cinta Dengan Peguam Sendiri, Tetapi Bukan Camille Vasquez

Kakimuvee

Permohonan Amber Heard Untuk Perbicaraan Semula Di Tolak Mahkamah

Kakimuvee

Amber Heard ‘Merayu’ Kepada Johnny Depp Untuk Kurangkan Hutang AS$10 juta

Kakimuvee