
Sejak kebelakangan ini, CGI filem-filem superhero telah mendapat kritikan peminat, dari filem terbitan Marvel hinggalah yang terbaru, The Flash.
FilemĀ The FlashĀ misalnya, telah menerima kecaman peminat berikutan paparan kesan khas bayi dan ‘speed force’ yang kelihatan pelik.
Pengarahnya, Andy Muschietti tampil menjelaskan sebab kenapa ia kelihatan pelik dengan memberitahu bahawa ia sengaja dibuat bagi menggambarkan pandangan mata Barry Allen apabila berada dalam situasi ‘speed force.’
Sudah tentu, rata-rata peminat tidak dapat menerima alasan Muschietti.Ā
Dalam video yang disiarkan ke TikTok,Ā Zach Mulligan (The Amazing Spider-Man 2,Ā Black Adam), seorang artis VFX yang bekerja untuk The Flash, menjelaskan sedikit sebab kenapa visual filem itu di luar jangkaan.
Menjelaskan bahawa artis VFX masih dibebani kerja yang banyak, Mulligan berkata, “Artis terpaksa bekerja tanpa henti, bekerja lebih masa hampir setiap hari, termasuk hujung minggu.”
“Jika syarikat VFX tidak memenuhi jangkaan tidak realistik yang ditetapkan oleh studio ini, risiko kehilangan kontrak boleh berlaku”
“Apabila anda mengeluarkan banyak projek dengan tempoh masa yang lebih pendek, VFX akan sentiasa kelihatan lebih teruk,” sambungnya.
“Jadi, jika VFX dalam The Flash kelihatan seperti dibuat dalam seminggu, mungkin kerana ia memang dibuat dalam seminggu.”
Anda boleh tonton video Zach Mulligan, yang menjelaskan kenapa VFX filem superhero sangat teruk, dibawah:
@no_the_robot The bad CGI in #theflash is just the tip of the iceberg. Poor VFX in superhero movies is all too common, and theres a reason for it. Not every movie can be Avatar, but Marvel, DC, Warner Bros, Disney, and Sony can all do something about it. They just choose not to. #vfx #vfxartist #animation #marvel #dcuniverse #batman #nicolascagesuperman #greenscreen #Inverted
⬠original sound – No The Robot