Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Andy Muschietti Dedah Element Utama Filem THE FLASH


Pengarah The Flash, Andy Muschietti sebelum ini mendedahkan bahawa filem arahannya itu akan menampilkan ‘versi Flashpoint yang berbeza dari jangkaan penonton’, dan kini pembikin filem itu mendedahkan klu kepada peminat.

Ketika ditemubual baru-baru ini, dia mengesahkan elemen penggembaraan masa akan digunakan dalam filem akan datang dan menjadi salah kunci utama plot filem.

“Ini adalah kisah penggembaraan masa: Flash pergi ke masa lampau untuk menyelamatkan ibunya” ujar Muschietti.

Dalam Flashpoint, Barrt Allen pergi ke masa lampau untuk menghalang pembunuhan ibunya ditangan Reverse-Flash; Bagaimanapun, dia secara tidak sengaja menyebabkan perubahan garis masa dimana Bruce Wayne telah dibunuh di Crime Alley, kapsul Superman mendarat di Metropolis bukannya Smallville, dan Aquaman dan Wonder Woman berperang bagi pihak Altantis dan Themyscira.

Setakat ini tidak dipastikan bagaimana cerita The Flash versi Muschietti, tetapi apa yang kita tahun, Barry Allen akan bertemu Batman yang lain dalam garis masa yang dia cipta; mungkin versi Michael Keaton.



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee