Sekuel filem Alita: Battle Angel mungkin boleh direalisasikan dengan syarat, para peminat filem aksi cyberpunk itu mendesak Disney meneruskan sekuel filem tersebut.
Ketika bercakap kepada Cinema Blend baru-baru ini, penerbita Alita, Jon Landau meminat peminat untuk membantu mendesak Disney untuk hasilkan sekuel Alita: Battle Angel. Penerbit itu juga turut memberi arahan bagaimana sekuel itu dapat diteruskan.
“Apa yang saya fikir ialah, tentera Alita perlu mendesak keluarga kami sekarang di Disney dan [beritahu mereka] betapa pentingnya untuk mempunyai satu lagi filem Alita dan semoga kami akan dapat menghasilkannya suatu hari nanti,”
Kenapa peminat perlu mendesak Disney? filem tersebut sebenarnya diterbitkan 20th Century Fox dimana syarikat tersebut kini dimiliki oleh Disney. Landau juga turut menjelaskan, sebelum James Cameron berundur untuk menjadi pengarah dan sekadar menjadi penerbit untuk filem tersebut, dia telah merancang trilogi Alita.
Walaupun Alita: Battle Angel mendapat pujian dari peminat dan mendapat kutipan yang baik dipentas box office iaitu sebanyak $400 juta dolar seluruh dunia berbanding modal sebanyak $170 juta, pihak Disney dan 20th Century Fox masih belum mengumumkan perancangan sekuel Alita dan membuatkan peminat tertanya-tanya mengenai nasib francais tersebut dibawah pengurusan Disney.
Jadi kepada peminat yang meminat Alita, adakah anda juga mahu mendesak Disney untuk meneruskan projek sekuel Alita? kongsikan diruangan komen.