Slot AsiaTrivia

6 Drama Korea Yang Perlu Anda Saksikan Pada Bulan Disember Ini

Views

Bulan Disember ini menyaksikan 6 buah drama Korea yang menarik untuk anda saksikan. Antara yang perlu diberi perhatian adalah drama Crash Landing On You lakonan Hyun Bin dan Son Ye Jin, tayangan 14 Disember ini.

Seperti biasa, tidak mahu bermukadimah panjang, disini kami senaraikan 6 buah drama Korea yang tidak harus anda lepaskan pada bulan Disember ini.

1. Woman Of 9.9 Billion (KBS2)

  • Tayangan bermula 4 Disember
  • Setiap Rabu & Khamis
  • Lakonan Cho Yeo-jeong & Kim Kang-woo

Jung Seo Yeon (Cho Yeo Jeong) hidupnya tragis berubah apabila dia memperolehi sebanyak 9.9 bilion won. Sementara itu, Kang Tae Woo (Kim Kang-woo) membawa peranan seorang bekas anggota polis yang berjuang untuk mendedahkan kebenaran di sebalik kematian adik beradiknya. Kedua-dua bekerjasama berjuang melawan orang jahat yang mahu mengambil wangnya dan menghalangnya dari keadilan.

2. Stove League (SBS)

  •  Tayangan bermula 13 Disember
  •  Setiap Jumaat & Sabtu
  •  Lakonan Namgoong Min, Park Eun Bin

Drama ini adalah mengenai tempoh penyediaan pasukan baseball liga utama. Drama ini memberi tumpuan kepada pasukan yang sentiasa kalah dan bersiap sedia untuk musim yang luar biasa apabila ketibaan pengurus baru mereka, dan setiap episod akan memberi tumpuan kepada masalah yang mereka hadapi ketika mereka membuat persiapan untuk menjadi pasukan yang lebih kuat.

BACA:  Filem Paling Popular 2016 - Berdasarkan Pilihan IMDb

3. Selection : The War Between Women (TV Chosun)

  • Tayangan bermula 14 Disember
  •  Setiap Sabtu & Ahad
  •  Lakonan Jin Se-yeon & Kim Min-kyu

Drama ini mengisahkan tentang proses sengit pemilihan permaisuri baru Joseon.

Apabila kembar Kang Eun-Bo telah dibunuh, untuk mencari individu yang bertanggungjawab keatas kematian adiknya, Kang Eun-Bo membuat keputusan untuk menjadi permaisuri, Dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan melulu dalam mengejar matlamatnya. Sementara itu Lee Kyung merupakan raja yang kacak dan bijak. Lee Kyung mempunyai impian terhadap seorang wanita, namun dia terlibat dalam kes yang tidak dijangka.

4. Crash Landing On You (tvN)

  • Tayangan bermula 14 Disember
  •  Sabtu & Ahad
  • Lakonan Hyun Bin, Son Ye Jin, Kim Jung Hyun, Seo Ji Hye

Drama ini mengisahkan Son Ye-Jin membawa watak anak orang kaya Korea Selatan bernama Yoon Se-Ri dan Hyun-Bin membawa watak tentera Korea Utara bernama Lee Jung-Hyeok. Kemalangan luncur layar udara menyebabkan Yoon Se-Ri mendarat di Korea Utara dan Lee Jung-Hyeok melindunginya dari sebarang ancaman.

5. Black Dog (tvN)

  • Tayangan bermula 16 Disember
  • Setiap Isnin & Selasa
  • Lakonan Seo Hyun Jin, Ra Mi Ran
BACA:  tvN Dedahkan Gambar Terbaru Drama Thriller Komedi, Psychopath Diary

Drama ini berlatarkan kerjaya guru² di sekolah dan cabaran dalam mendidik anak² murid.

Ko Ha-Neul (Seo Hyun-Jin) bercita-cita ingin menjadi seorang guru kerana mengenangkan pengorbanan guru semasa di masih kanak-kanak. Ko Ha-Neul memulakan tugasnya sebagai guru sementara di sebuah sekolah tinggi swasta. Ketika bekerja disana, dia berinteraksi dengan ramai orang, termasuk guru Park Sung-Soon (Ra Mi-Ran) dan Do Yeon-Woo (Ha-Joon). Kedua-dua mereka amat berdedikasi dalam menjadi pendidik.

Sementara itu, Ko Ha-Neul menghadapi masalah yang berbeza di sekolah. Semasa dia menyelesaikan masalahnya itu, Ko Ha-Neul menjadi matang sebagai individu dan seorang guru.

6. Diary Of Prosecutor (JTBC)

  • Tayangan bermula 16 Disember
  •  Setiap Isnin & Selasa
  •  Lakonan Lee Sun-kyun & Jung Ryeo-won

Tumpuan drama ini mengisahkan kehidupan seharian yang dilalui oleh pendakwaraya. Lee Sun-Woong (Lee Sun-Kyun) bekerja sebagai pendakwa di pejabat daerah di Jinyoung. Dia kelihatan santai dan tidak kelihatan mempunyai keinginan untuk berjaya.

Cha Myung-Joo (Jung Ryeo-Won) adalah pendakwa elit di Pejabat Pendakwa Daerah Pusat di Seoul. Pada suatu hari, dia tiba-tiba dipindahkan ke pejabat pendakwa raya daerah di Jinyoung.

Tinggalkan Balasan

shares