Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Studios Dilaporkan Sedang Membangunkan Filem Silver Surfer


Menurut laporan dari Geeks WorldWide, Marvel Studios kini dilaporkan sedang diperingkat awal pembangunan filem Silver Surfer. 

Setakat ini, laporan tersebut masih belum disahkan oleh Marvel Studios dan masih boleh dianggap khabar angin. Tetapi jika Kevin Feige ingin memperkenalkan Galactus sebagai penjahat utama dalam Marvel Cinematic Universe, penerbitan awal filem Silver Surfer mungkin masuk akal kerana karakter tersebut mempunyai hubungan dan kaitan dengan salah satu villain utama dalam komik Marvel itu.

Apapun, maklumat mengenai pembangunan filem Silver Surfer mungkin memakan masa sedikit lama kerana Marvel Studios kini sedang memberi tumpuan kepada filem-filem Marvel Fasa 4 yang telah diumumkan di San Diego Comic Con yang lalu.

Sebelum ini, pengarah filem Vice dan The Big Short, Adam McKay pernah menyuarakan minatnya untuk mengarahkan filem Silver Surfer. 

Jadi kepada peminat-peminat filem Marvel, adakah anda tidak sabar untuk menantikan filem solo Silver Surfer? siapakah yang layak untuk memainkan peranan tersebut? kongsikan pendapat anda.



Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee