Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joker Dijangka Atasi Rekod Venom, Catat Kutipan Tertinggi Minggu Pembukaan Bulan Oktober

Penganalisis menjangkakan Joker mampu meraih sekitar $75 juta hingga $90 juta dolar pada minggu pertama tayangan dipasaran domestik Amerika Syarikat. Jika kutipan filem tersebut berjaya mencecah $90 juta dolar, ia sekaligus mengatasi rekod kutipan minggu pembukaan yang dicipta filem Venom ($80 juta) pada tahun lalu.

Joker setakat ini menerima ulasan positif dari para pengkritik – kini mendapat rating 76% dilaman Rotten Tomatoes dan menjadi antara filem yang paling dinantikan oleh peminat filem komik.

Berlatarbelakangkan bandar Gotham pada era 80an, dimana ia mengisahkan tentang seorang “stand-up comedy” yang gagal yang berubah menjadi penjenayah dan kekacauan di bandar Gotham, secara perlahan-lahan menjadi legenda yang sangat menakutkan.

Joaquin Phoenix akan memainkan peranan sebagai Arthur Fleck, seorang pelawak yang akhir akan bertukar kepada penjahat paling terkenal dalam dunia komik DC iaitu Joker. Turut membintangi filem ini adalah Robert De Niro, Zazie Beetz dan juga Marc Maron.

Joker akan ditayangkan dipawagam tempatan pada 3 Oktober 2019.

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

Leave a Comment