Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Netflix Dedah Pandangan Pertama Filem Seram “Eli” Arahan Ciarán Foy


Netflix telah melancarkan poster dan gambar terbaru filem seram berjudul Eli lakonan Charlie Shotwell (All the Money in the World), Sadie Sink (Stranger Things), Lili Taylor (The Conjuring) dan Kelly Reilly (True Detective).

Filem ini mengisahkan tentang seorang doktor yang menawarkan rawatan yang masih diperingkat ujian kepada Eli yang sedang menderita penyakit misteri. Tetapi dia secara tiba-tiba terperangkap dalam pengalaman mimpi ngeri yang menakutkan. Eli kemudian mula menyedari bahawa doktor tersebut mempunyai motif yang tersembunyi.

Eli ditulis secara bersama oleh David Chirchirillo, Ian Goldberg serta Richard Naing dan diarahkan oleh bekas pengarah filem Sinister 2, Citadel, Ciarán Foy. Jenny Hinkey, Trevor Macy, dan John Zaozirny bertindak selaku penerbit.

Filem ini sepatutnya diterbitkan oleh Paramount Pictures, tetapi diambil oleh Netflix selepas pihak studio melepaskannya. Eli akan mula ditayangkan diplatform penstriman video Netflix pada 18 Oktober ini.


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee