Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem Brightburn (2019)


AMARAN SPOILER.

Apa akan terjadi sekiranya watak seperti Superman berada di sebelah kejahatan dan bukannya kebaikan atau tidak menjadi sebagai simbol “Harapan”. Anda tidak perlu bayangkan lagi kerana filem Brightburn telah melakukan kerja tersebut khas buat anda. Mengadaptasikan kisah superhero terkenal iaitu Superman tetapi dengan cara yang seram, Brightburn memberitahu kita bahawa tidak semua perkara yang turun dari langit itu merupakan rahmat.

Kisah dibuka sama sepertimana kisah origin Superman dimana terdapat satu bendasing atau lebih dikenali sebagai UFO telah terhempas di sebuah hutan berhampiran rumah sepasang suami isteri. Mereka kemudiannya menghampiri objek tersebut dan terkejut apabila mendapati seorang bayi berada di dalamnya. Lalu mereka mengambil keputusan untuk memeliharanya sebagai anak angkat.

Hari demi hari berlalu sehinggalah bayi tersebut berumur 12 tahun dan pelbagai peristiwa aneh mula berlaku yang pada mulanya sukar untuk diterima oleh kedua ibubapanya namun perkara itu semakin hari semakin mengganggu mereka sehinggalah pada suatu hari, si bapa mengambil keputusan untuk menembak mati budak tersebut di dalam hutan kerana ingin mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi.

Adakah beliau terselamat?
Apakah nasib penduduk di situ?


Anda boleh ikuti kisah seterusnya dalam Brightburn di pawagam berhampiran.

Sepertimana tipikal filem seram yang lain, begitu jugalah filem Brightburn ini. Sepasang suami isteri, menginginkan anak, mengalami peristiwa pelik, salah seorang ibubapa yang defensif, jumpscare yang agak biasa dan sebagainya. Unsur unsur tipikal ini tetap ada dalam filem Brightburn ini namun apa yang membezakan ia dengan tipikal filem seram yang lain adalah vibes dari filem Man Of Steel yang turut dibawanya bersama.

Jalan cerita walaupun dilihat straight to the point namun ianya boleh dikatakan agak longgar dan ini menimbulkan satu perasaan seperti anda sedang menikmati satu makanan akan tetapi anda berasa sesuatu yang tidak kena dengan makanan itu namun anda terus menikmatinya kerana ia nampak begitu menyelerakan. Begitulah perasaannya ketika menonton filem ini. CGI nya juga kadang kadang agak ternampak sedikit “kekartunan”.

Namun bagi peminat gore, filem ini pastinya tidak akan menghampakan kerana menyajikan scene gore itu sendiri secara tidak berlebihan dan boleh dikatakan just nice. Dengan gore yang agak detail dan mampu membuatkan anda berdesit di dalam panggung ketika menontonnya. Sebab itu filem ini tidak sesuai untuk tontonan kanak kanak walaupun watak utamanya adalah kanak kanak.

Unsur suspen yang ditawarkan pula bagaimanapun dilihat tidak sampai kepada threshold yang sepatutnya membuatkan sedikit rasa turn off ketika diusik semasa menonton filem ini.

Kesimpulannya, sekiranya anda minat dengan gore tanpa mengisahkan kualiti jalan cerita dan tidak mudah terganggu dengan beberapa detailing lain maka ini adalah sebuah filem yang sememangnya menghiburkan anda. Namun sekiranya tidak, maka anda akan berjalan keluar dari dewan tayangan seperti tiada apa yang berlaku.

Sekian.
Rating Kakimuvee : 5/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee