Review Filem Avengers: Endgame

836
views

*AMARAN! ULASAN INI MENGANDUNGI MAJOR SPOILER FILEM AVENGERS: ENDGAME*

Perjalanan yang cukup lama, pelbagai kisah adiwira yang memaparkan penamat yang begitu mengembirakan, tetapi disentap dengan penamat Avengers: Infinity War yang cukup mengeramkan. hampir setahun menantikan konklusi Infinity Saga, tetapi kita sebaliknya diberikan penamat yang agak mengoyak jiwa.

Jujur saya katakan, saya teringin mahu melempang dua beradik Russo kerana telah memaksa ramai orang mengalirkan air mata termasuk saya. Cuba tanya rakan-rakan anda, adakah mereka sebak? saya yakin ramai yang mengelengkan kepala sedangkan mata mulai merah menahan air mata dari keluar. Lempang muka mereka sepertimana Rocket melempang Thor sehingga menangis.

Pada mulanya, saya menjangkakan permulaan cerita yang normal. Tetapi jangkaan saya jauh meleset. Awal-awal lagi penonton sudah terasa ‘koyak’ selepas melihat Clint menjadi tidak keruan melihat keluarganya hilang dan Tony Stark membuat video ‘selfie’ dengan ayat-ayat puitis yang ditujukan kepada Pepper Potts.

 

Buat pertama kalinya dalam sejarah Marvel Cinematic Universe (MCU), Avengers: Endgame menghamparkan perjalanan cerita yang tersangatlah perlahan dan penuh dengan permainan emosi. Banyak babak-babak diawal filem ini memaparkan suasana kekecewaan, penyesalan dan putus asa. Permulaan yang ‘dark’ bagi sebuah filem superhero yang sering di ‘cop’ berwarna-warni dan ceria.

Bagaimanapun, ‘second act’ Avengers: Endgame mula meningkat secara perlahan-lahan. setelah watak Scott Lang keluar dari Quantum Realms. Disinilah ‘mood’ peminat bertukar-tukar antara sedih dan ketawa. Bijak imbangan yang dilakukan Russo Brothers. Seperti biasa, konsep kekeluargaan yang diterapkan dalam MCU ditunjukkan dalam filem ini. Cuma ‘killer instinct’ nya sangat menusuk kalbu. Pertemua terakhir antara anak dan ibubapa mampu membuatkan penonton merasa sebak. Hubungan bapa dan anak membuatkan kita yang dah berkahwin menyesal tak bawa anak menonton Avengers: Endgame. Pendek kata, jika anda sedih melihat Yondu mati, anda akan merasa lebih sedih seperti Cooper dalam filem Interstellar dengan babak-babak drama dalam filem ini.

null

Bahagian terbaik filem ini adalah adegan klimaksnya. Kemunculan kembali adiwira yang telah menjadi debu bersama-sama pasukan tentera dari Wakanda, New Asgard dan pengikut-pengikut Ancient War sangat ‘goosebump’! Meremang bulu roma mendengar Captain America menjerit ‘Avengers Assemble’ untuk menentang bala tentera Thanos. Aksi pertempurannya juga seperti  ‘final battle’ Ready Player One, penuh dengan cameo watak-watak adiwira dari keseluruhan 21 filem, walaupun ‘screen time’ watak-watak cameo ini sangat singkat tetapi terasa puas melihat mereka bergabung untuk menentang Thanos. Oh ya! tidak dilupakan gabungan adiwira wanita MCU, terciduk Thanos terkena penampar mereka, tergamam sebentar Peter Parker.

Ya saya tahu, mesti ada yang kecewa melihat beberapa karakter terkenal seperti Captain Marvel kurang diberi ‘screen time’. Bagi saya, keputusan yang dibuat oleh Russo Brothers adalah tepat kerana fokus filem ini adalah sebagai filem penamat dalam Infinity Saga. Mereka perlu menghasilkan sebuah filem yang ‘memorable’ dikalangan peminat. Jadi watak ‘the original six’ Avengers seperti Tony Stark, Steve Rogers, Thor dan Natasha Romanoff perlu diberi lebih perhatian kerana ia mungkin watak yang bakal ditamatkan dalam francais MCU.

Perubahan karakter dalam filem ini juga boleh dianggap mengejutkan. Thor yang sebelum ini masih tersenyum walaupun teruk di’hentam’, telah menjadi karakter yang sangat rapuh disebabkan kegagalannya menghalang Thanos. Nebula mengikuti jejak langkah Loki yang bertukar dari ‘fearless’ villain kepada adiwira. Diharap karakternya kekal sebagai antihero dalam filem akan datang. Perubahan paling ketara yang saya perhatikan adalah watak Tony Stark. Wataknya sangat berbeza dari filem-filem sebelumnya. Faktor keluarga, kesalan dan persahabatan telah merubah karakternya 360′ menjadi watak yang paling dirasai oleh peminat seperti peminat mengingati watak Logan lakonan Hugh Jackman.

Secara keseluruhannya, Avengers: Endgame adalah penamat Infinity Saga yang amat perit untuk ditelan. Penamatnya telah membuatkan peminat mengimbau kembali kenangan 21 filem-filem Marvel Cinematic Universe. Sedar tak sedar, kita perlahan-lahan mengesat air mata yang tiba-tiba jatuh ke pipi. Mungkin kita tidak mahu penamat sebegini, tetapi sebenarnya ia perlu dan kita harus menerimanya walaupun perit kerana yang hidup pasti akan mati. Apapun konklusi Infinity Saga telahpun tertulis, jadi anggapnya sebagai sejarah kerana perjalanan MCU masih lagi jauh.

……

“Some people move on, but not us. Not us”.. terima kasih Tony Stark, terima kasih Captain America… we salute you..

Rating Kakimuvee: 10/10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here