Review Filem: John Wick: Parabellum

238
views

AMARAN SPOILER.

Sequel John Wick pada kali ini diteruskan lagi dengan sequelnya yang ketiga dimana John Wick telah menjadi buruan yang dikenali sebagai Excommunicado. Ditawarkan dengan jumlah ganjaran sebanyak 14juta USD. John Wick terus dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan nyawanya sendiri.

Jalan cerita dibuka secara terus daripada sequel keduanya, oleh itu kepada mereka yang tidak mengikut filem pertama dan kedua berkemungkinan akan sedikit kepeningan dalam menelusuri jalan ceritanya serta terma terma yang digunakan seperti High Table, Continental. Namun itu bukanlah satu perkara yang besar kerana ia ada dijelaskan serba sedikit dalam filem yang ketiga ini.

Fight scene adalah salah satu perkara yang sememangnya ditunggu tunggu oleh para peminat John Wick dan sekiranya dalam filem keduanya kita dapat melihat John Wick membunuh orang hanya dengan sebatang pensel, dalam filem ketiga ini kita dapat melihat buku menjadi objek untuk membunuh oleh John. Serta banyak lagi fight scene yang dilihat agak cantik dan sesetengah daripadanya mampu membuat penonton bertepuk tangan.

Jalan cerita yang dihidangkan walaupun boleh dikatakan straight to the point, namun ianya agak “dry” dan boleh memberikan rasa bosan dan mengantuk kepada sesetengah penonton. Namun ia adalah perlu demi memberi penjelasan kepada apa yang berlaku dalam kisah hidup John Wick ini.

Rating Kakimuvee : 8.5/10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here