Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

7 Filem Sains Fiksyen Mengenai Angkasa Yang Harus Anda Tonton!


Sains fiksyen merupakan satu genre yang cukup besar, meliputi dari peperangan, pencerobohan makhluk asing, penggembaraan masa, dan sebagainya. Kebanyakkan filem-filem sains fiksyen lebih kepada fantasi, tetapi ada juga yang mengambil ilmu dan teori sains sebagai teras penceritaanya. 

Terdapat beberapa filem sains fiksyen bertema angkasa yang telah menarik perhatian ahli-ahli sains khususnya astronomer, astrofizik dan sebagainya. Ia disebabkan ketepatan saintifik dan gambaran yang menghampiri realiti sebenar apabila berada di angkasa lepas atau di planet yang tidak pernah dijejaki manusia. Jadi, disini kami ingin kongsikan 7 Filem Sains Fiksyen yang akan membuka minda anda mengenai angkasa lepas. 

1. Interstellar (2014)

Antara filem sains fiksyen terhebat dan paling hampir dengan realistik sains astronomi. Dengan konsultasi dari ahli fizik teori terkenal Kip Thorne dan usaha ada adik Nolan, yang juga penulis skrip Interstellar, Jonanthan Nolan mengkaji teori relativiti di CALTECH, filem ini mendapat pujian banyak ahli astronomi termasuklah ahli astrofizik terkenal Neil deGrasse Tyson.

Interstellar mengisahkan tentang sekumpulan angkasawan yang mengembara melalui ‘wormhole’ dalam misi mencari planet baru untuk umat manusia.

2. 2001: Space Odyssey (1968)

Christopher Nolan mengatakan filem Insterstellar arahannya diilhamkan dari filem ini, yang dihasilkan oleh salah seorang pengarah terhebat sepanjang zaman, Stanley Kubrick. Karya terkenal ini menggambaran penerbangan ruang angkasa yang tepat secara ilmiah. Ia juga mempelopori kesan khas khas dan visual yang menakjubkan. Pasti ramai tidak percaya, filem ini dihasilkan pada era hujung 60an. Untuk menghasilkan filem ini, Kubrick mengambil sedikit bantuan dari ahli astronomi berbakat, Carl Sagan.


Filem ini, yang mengikuti perjalanan ke Musytari dengan komputer HAL setelah penemuan monolit asing yang mempengaruhi evolusi manusia, membahas tema eksistensialisme, evolusi manusia, teknologi, kecerdasan buatan, dan kemungkinan kehidupan di luar bumi.

3. Gravity (2013)

Ahli astrofizik dan bekas angkasawan menyatakan bahawa Graviti tidak tepat secara saintifik, tetapi mereka memujinya dari segi realisme premisnya dan kepatuhan terhadap prinsip fizikal. Angkasawan Buzz Aldrin memuji kesan visual filem ini kerana menggambarkan secara tepat realiti sifar graviti.

Filem ini mengisahkan tentang angkasawan yang terdampar diangkasa selepas Space Shuttle mereka musnah, dan mereka berusaha untuk kembali ke Bumi.

4. The Martian (2015)

Bayangkan jika umat manusia mula menjejakkan kaki di planet Marikh, bagaimana situasinya, adakah sejuk? apa yang akan terjadi jika kita tidak memakai sut khas? Inilah situasi yang digambarkan dalam filem The Martian. Pengarah Bahagian Sains Planet di Direktorat Misi Sains NASA, James L. Green terlibat dalam pembikinan filem ini sebagai konsultan. The Martian menggambarkan secara tepat keadaan di planet Marikh, baik dari segi graviti, cuaca dan sebagainya. 

The Martian mengisahkan seorang angkasawan yang ditinggalkan secara tidak sengaja oleh krew ketika ribut kuat. Duduk berseorangan, dia berusaha untuk hidup selama mana yang mungkin, menanti diselamatkan.

5. Moon (2009)

Salah satu cita-cita Nasa adalah untuk membina penempatan di Bulan, bagi menggembangkan lagi penggembaraan angkasa. Dan, Moon memberi gambaran di masa hadapan dimana Bulan akan menjadi pengkalan angkasawan. Bulan bukan sahaja kaya dengan Helium-3, tetapi kaya dengan mineral lain serta ais yang boleh dijadikan sumber untuk penggembaraan angkasa lepas. 

Moon mengisahkan Sam, satu-satunya angkasawan yang bekerja di stesen Lunar bersama komputernya, GERTY. Menjelang akhir kontrak kerjanya selama 3 tahun, dan menghampiri masa untuk pulang ke rumah, dia terlibat dengan kemalangan maut.

6. Europa Report (2013)

Filem sains fiksyen ini mungkin tidak popular, malah gagal dari segi box office, tetapi apa yang menariknya tentang Europa Report adalah ceritanya yang menggambarkan penerokaan salah satu bulan di planet Musytari, iaitu Europa. Ahli astronomi sangat tertarik dengan Europa kerana bulan mengandungi ais, yang boleh menjadi sumber kepada penerokaan angkasa, oksigen, dan yang paling penting, kehidupan – makhluk hidup sekecil bakteria. 

Europa Report menceritakan sekumpulan angkasawan terbaik yang dihantar oleh sebuah syarikat penerokaan angkasa dalam misi mencari dan mengesahkan kehidupan di bulan Musytari, Europa.

7. Clara (2018)

Ahli astronomi sering tertanya-tanya, adakah makhluk lain diangkasa lepas selain manusia? Clara merupakan filem sains fiksyen Canadian-British yang mengisahkan ahli astrofizik Isaac dan artis Clara, yang menjadi rapat ketika mencari tanda-tanda kehidupan pintar di alam semesta.

Filem ini didasarkan pada kemajuan teknologi dan teori-teori baru, serta menarik perhatian ahli astronomi. Teleskop orbit TESS yang dipaparkan dalam filem ini adalah teleskop sebenar yang kini sedang mengorbit Bumi.

Sumber: Spacenews.com, Bookmyshow, Wikipedia,


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee