Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime Slot Asia

Anime Legenda “Slam Dunk” Bakal Dapat Filem Terbaru

Artis manga Jepun Takehiko Inoue, yang terkenal menerusi manga bola keranjang berjudul Slam Dunk, mendedahkan bahawa siri manga itu akan dibuat dalam bentuk filem.

Inoue, 53, mendedahkan pekara itu pada Khamis yang lalu menerusi video pendek yang dimuatnaik di laman Twitter miliknya berserta #slamdunkmovie. Buat masa ini, tidak diketahui samada filem itu akan dibuat dalam bentuk filem anime atau live-action. Tarikh tayangannya juga masih belum didedahkan. 

Berita itu telah menggembirakan peminat manga Slam Dunk, dengan ada yang mengatakan ia mengingati zaman-zaman sewaktu muda. Tweet Inoue telah menerima 386.1 ribu tanda suka dan 174 perkongsian.

Pengumuman itu dibuat sebaik sahaja filem Demon Slayer, yang pertama kali diterbitkan sebagai manga pada 2016, menjadi filem paling laris di Jepun. 

Slam Dunk telah diterbikan di majalah manga Weekly Shonen Jump dari Oktober 1990 sehingga Jun 1996.

Ia menceritakan kisah pasukan bola keranjang sekolah menengah, yang berpusat pada protagonis utama Hanamichi Sakuragi. Dia menyertai pasukan itu untuk menarik perhatian seorang gadis walaupun dia baru bermain bola keranjang, tetapi akhirnya dia cemerlang dalam sukan ini.

Slam Dunk telah dijual lebih 121 juta salinan di Jepun sahaja, dan menjadi salah satu manga paling laris sepanjang zaman.

Manga ini diadaptasi menjadi siri televisyen anime, yang ditayangkan di TV Asahi dari Oktober 1993 hingga Mac 1996, dan berjaya mencapai populariti di Jepun dan beberapa negara lain di Asia.

Terdapat empat filem animasi telah dibuat dari tahun 1994 dan 1995, dan beberapa permainan video turut dihasilkan.

Sumber: Straitstime

Related posts

Seo Ye Ji Keluar Dari Drama Terbaru OCN

Zulaikha

Review Filem: Dreamy Eyes (2019)

Kakimuvee

5 REASONS WHY NEW SERIES LAW SCHOOL WILL MEET YOUR EXPECTATIONS

Zulaikha

Rating “River Where The Moon Rises” Sedikit Meningkat

Zulaikha

Choa Kongsi Keterujaan Sertai Kembali “Running Man” Selepas 6 Tahun

Isqandar

TVBAnywhere+ App Launches Full Service in Malaysia Featuring Latest and Live Programs From TVB

Zulaikha