Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Red Band Mile 22


STXfilms telah melancarkan trailer ‘red band’ filem terbaru mereka berjudul Mile 22. Anda boleh tonton trailer filem aksi berkenaan dipemain video dibawah.

Mile 22 mengisahkan tentang James Silva (lakonan Mark Wahlberg), seorang ejen CIA yang ditugaskan untuk mengambil dan membawa seorang individu yang memiliki maklumat yang sangat penting dan boleh mengancam nyawa. Dibantu pasukan taktikal rahsia, James Silva perlu membawa ‘aset’nya itu ke Mile 22 untuk dibawa keluar sebelum musuh mendapatkannya.

Mile 22 diarahkan oleh pengarah filem Lone Survivor dan Patriots Day, Peter Berg. Selain Wahlberg, filem ini turut dibintangi John Malkovich, Lauren Cohan, Iko Uwais dan Ronda Rousey.

Filem ini adalah filem keempat kolaborasi diantara Mark Wahlberg dan Peter Berg. Lea Carpenter merupakan penulis filem ini manakala Peter Berg, Stephen Levinson  dan Mark Wahlberg menjadi penerbit filem ini

Mile 22 bakal ditayangkan pada 17 Ogos 2018. Tayangan Malaysia masih lagi tidak diketahui.



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee