Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Trailer Filem Fantasi Seram, The House With A Clock In Its Walls

Universal Pictures dan Amblin Entertainment telah melancarkan trailer filem fantasi seram terbaru mereka berjudul The House with a Clock in Its Walls. Anda boleh tonton trailer filem yang dibintangi oleh Jack Black dan Cate Blanchett itu dipemain video dibawah.

Pengembaraan magis kanak-kanak berusia 10 tahun bernama Lewis bermula apabila dia tinggal bersama pakciknya disebuah rumah lama yang terdapat jam misteri. Lewis kemudiannya menemui rahsia dunia magis apabila secara tidak sengaja menghidupkan orang yang sudah mati.

Filem ini diadaptasikan dari buku berjudul sama karya John Bellairs dan dilukis Edward Gorey. Eli Roth pengarah filem ini bersama-sama pencipta siri televisyen Supernatural, Eric Kripke.

Selain Jack Black dan Cate Blanchett, filem ini turut dibintangi oleh Kyle MacLachlan, Colleen Camp, Renée Elise Goldsberry, Vanessa Anne Williams dan Sunny Suljic.

The House with a Clock in Its Walls telah ditetapkan tarikh tayangannya pada 21 September 2018.

Related posts

Teaser Terbaru “Joseon Exorcist” Papar Konflik Yang Begitu Tegang

Zulaikha

Navillera: Song Kang Makes A Perfect Transformation Into A Ballerino With Big Dreams

Zulaikha

Donnie Yen Kembali Beraksi Dalam Filem “Raging Fire”

MyK

Siri Anime Netflix “The Way of the Househusband” Akan Disiarkan April Ini

Kakimuvee

Melissa McCarthy & Octavia Spencer Beraksi Dan Berkomedi Dalam Trailer “Thunder Force”

Kakimuvee

Tonton Trailer Rasmi “Projek: Anchor SPM”

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman