Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Red Band Mile 22

STXfilms telah melancarkan trailer ‘red band’ filem terbaru mereka berjudul Mile 22. Anda boleh tonton trailer filem aksi berkenaan dipemain video dibawah.

Mile 22 mengisahkan tentang James Silva (lakonan Mark Wahlberg), seorang ejen CIA yang ditugaskan untuk mengambil dan membawa seorang individu yang memiliki maklumat yang sangat penting dan boleh mengancam nyawa. Dibantu pasukan taktikal rahsia, James Silva perlu membawa ‘aset’nya itu ke Mile 22 untuk dibawa keluar sebelum musuh mendapatkannya.

Mile 22 diarahkan oleh pengarah filem Lone Survivor dan Patriots Day, Peter Berg. Selain Wahlberg, filem ini turut dibintangi John Malkovich, Lauren Cohan, Iko Uwais dan Ronda Rousey.

Filem ini adalah filem keempat kolaborasi diantara Mark Wahlberg dan Peter Berg. Lea Carpenter merupakan penulis filem ini manakala Peter Berg, Stephen Levinson  dan Mark Wahlberg menjadi penerbit filem ini

Mile 22 bakal ditayangkan pada 17 Ogos 2018. Tayangan Malaysia masih lagi tidak diketahui.

Related posts

Sam & Bucky Hanya Sekadar ‘Rakan Sekerja Dalam TV Spot Terbaru “The Falcon and The Winter Soldier”

Kakimuvee

Teaser Terbaru “Joseon Exorcist” Papar Konflik Yang Begitu Tegang

Zulaikha

Navillera: Song Kang Makes A Perfect Transformation Into A Ballerino With Big Dreams

Zulaikha

Donnie Yen Kembali Beraksi Dalam Filem “Raging Fire”

MyK

Siri Anime Netflix “The Way of the Househusband” Akan Disiarkan April Ini

Kakimuvee

Melissa McCarthy & Octavia Spencer Beraksi Dan Berkomedi Dalam Trailer “Thunder Force”

Kakimuvee