Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Zack Snyder Mengalu-alukan Kepulangan Henry Cavill Sebagai Superman


Kepulangan Henry Cavill ke DC Universe sebagai Superman bukan sahaja mengembirakan peminat, malah nampaknya turut mendapat reaksi pengarah Justice League, Zack Snyder. 

Awal minggu ini, Cavill muncul dalam siaran langsung podcast Happy Sad Confused yang dihoskan oleh Josh Horowitz. Semasa sesi Soal Jawab, penganjur acara memainkan mesej video daripada Snyder, yang mengimbau kembali saat penggambaran Man of Steel bersama Cavill lebih daripada 10 tahun yang lalu.

Anda boleh menonton video tersebut melalui Twitter Horowitz di bawah.

Snyder (yang kelihatan berada di set penggambaran filem Netflix, Rebel Moon) mengimbas kembali kali saat merakam adegan Cavill terbang untuk filem Man of Steel, yang melibatkan banyak peralatan dan berlatarkan layar hijau.

Namun disebabkan kempen #RestoreTheSnyderverse, masa depan Snyder bersama DC nampaknya seperti sudah berakhir. Tetapi, pengarah itu masih teruja untuk melihat apa yang akan berlaku pada masa depan, menggelar Cavill adalah “Superman terbaik yang pernah ada.”



Related posts

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Trailer REBEL MOON Papar Visual Menakjub Dari Zack Snyder

Kakimuvee

Zack Snyder Mahu Keluarkan Filem Versi Pengarah ‘Sucker Punch’

Kakimuvee

Saksikan Video Belakang Tabir ‘Rebel Moon,’ Filem Terbaru Zack Snyder

Kakimuvee

Klip Terbaru ‘The Witcher’ Musim 3 Menjanjikan Aksi-Aksi Yang Mendebarkan

Kakimuvee