
Video eksklusif dari filem terbaru Zack Snyder yang sangat dinantikan, Rebel Moon, telah dilancarkan, memaparkan rakaman sesi belakang tabir filem tersebut.
Anda boleh video Rebel Moon dibawah:
Sofia Boutella (Atomic Blonde, The Mummy) memainkan peranan utama sebagai “seorang wanita muda dengan masa lalu yang misteri yang mencari pahlawan di planet jiran untuk membantu koloni yang aman di pinggi galaksi menentang Pemangku Raja Balisarius yang zalim.”
Bintang Deadpool, Ed Skrien akan menggantikan tempat Rupert Friend, yang terpaksa berundur dari projek disebabkan percanggahan jadual. Butiran lanjut mengenai peranan Skrien masih belum didedahkan, tetapi dia dipercayai akan membawa peranan antagonis utama.
Menyertai Boutella dan Skrien adalah Cleopatra Coleman (Dopesick), Fra Fee (Hawkeye), dan Rhian Rees (Nope), serta Djimon Hounsou, Cary Elwes, Corey Stoll, Michiel Huisman, Alfonso Herrera, Charlie Hunnam, Doona Bae, Ray Fisher, Stuart Martin, Jena Malone, Staz Nair, E. Duffy, Charlotte Maggi, dan Sky Yang.
Snyder turut menghasilkan lakon layar bersama Shay Hatten dan Kurt Johnstad, dan menerbitkan filem ini bersama Deborah Snyder, dan Wesley Coller.
Rebel Moon akan ditayangkan di perkhidmatan streaming Netflix. Anda boleh membaca sinopsis dibawah:
“Koloni yang aman di pinggir galaksi diancam oleh tentera seorang raja yang zalim bernama Balisarius. Rakyat yang terdesak telah menghantar seorang wanit muda dengan masa lalu yang misteri untuk mencari pahlawan dari planet jiran bagi membantu mereka berdiri menentang penjahat.”