Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama


Sony Pictures telah melancarkan trailer terbaru Venom: Let There Be Carnage untuk sekuel Marvel lakonan Tom Hardy dan Woody Harrelson. 

Trailer tersebut, yang anda boleh lihat di bawah, menampilkan Eddie Brock ketika dia terus berjuang untuk mengawal ‘symbiote’ Venom bagi mengelakkan mereka di kesan orang yang tidak bertanggungjawab. Selain itu juga, ia turut menyoroti transformasi Carnage dari Cletus Kasady, dan hubungan anehnya dengan Eddie. Beberapa urutan yang penuh aksi antara Venom dan Carnage turut dipaparkan dalam trailer terbaru. 

Tom Hardy kembali meneruskan peranannya sebagai Eddie Brock bersama Michelle Williams sebagai Anne Weying. Watak penjahat utama Cletus Kasady aka Carnage, telah diperkenalkan dalam filem pertama Venom menerusi babak kredit. Calon Oscar, Naomie Harris turut menyertai barisan pelakon dengan memainkan watak Shriek, sekutu kepada Carnage. 

Filem sekuel ini diarahkan oleh Andy Serkis dari lakon layar yang ditulis oleh Kelly Marcel, berdasarkan cerita olhe Hardy dan Marcel. Penerbit terdiri daripada Hardy, Marcel, Avi Arad, Matt Tolmach, Amy Pascal dan Hutch Parker. 

Filem pertama berjaya mengutip $855 juta dolar seluruh dunia meskipun mendapat ulasan bercampur-campur dari pengkritik dan penonton. Venom: Let There Be Carnage akan ditayangkan dipawagam seluruh dunia mulai 24 September ini. 



Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee