Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

Rosa Salazar Mahu Membalas Dendam Dalam Trailer “Brand New Cherry Flavor”


Netflix telah melancarkan trailer rasmi Brand New Cherry Flavour untuk minisiri seram psikologi mereka yang akan datang, yang dibintangi oleh Rosa Salazar dan Catherine Keener. Siri ini dijadualkan untuk tayangan pada 13 Ogos.

Video tersebut, yang anda boleh lihat di bawah, menampilkan Salazar sebagai pembikin filem yang bercita-cita tinggi yang dikhianati dan dizalimi oleh produsser. Oleh kerana itu, dia meminat pertolongan watak lakonan Keener untuk membalas dendam terhadap orang yang menzalimi dirinya. 

Trailer itu memberikan pratonton kepada kita mengenai adegan-adegan mengerikan dan mengganggu yang harus kita jangkakan dalam siri terhad yang akan datang superti makhluk malam yang menyeramkan, anak kucing yang memakan anjing mati, dan watak Salazar dipukul dengan teruk.

Dalam Brand New Cherry Flavor, Lisa N. Nova datang ke LA untuk mengarahkan filem pertamanya. Tetapi, apabila dia mempercayai orang yang salah dan ditikam di belakangnya, segalanya berubah, dan projek impiannya bertukar menjadi mimpi buruk. Mimpi ngeri ini mempunyai zombi, pembunuh upahan, anak kucing supernatural dan artis tatu misteri yang suka meletakkan sumpahan kepada seseorang. Dan Lisa harus mengentahui beberapa rahsia dari masa lalunya untuk keluar dengan selamat. 

Siri terhad 8 episod ini dibintangi oleh Rosa Salazar (Alita: Battle Angel), calon Oscar, Catherine Keener (Get Out), Manny Jacinto (The Good Place), Eric Lange (Unbelievable) dan Jeff Ward (Agent of  SHIELD).


Brand New Cherry Flavour ditulis dan diterbitkan oleh Nick Antosca (Channel Zero, The Act) dan Lenora Zion (Channel Zero), yang turut turut berfungsi sebagai showrunner. Episod pertama diarahkan oleh Arkasha Stevenson.


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee