Trailer pertama filem perlumbaan terbitan 20th Century Fox, Ford v Ferrari lakonan Christian Bale dan Matt Damon telah dilancarkan. Anda boleh tonton trailer tersebut di pemain video dibawah.
Mengisahkan tentang dua individu, Carroll Shelby (Damon) pereka kereta terkenal Amerika Syarikat dan perlumba British Ken Miles (Bale), yang bersama-sama menentang campurtangan pihak syarikat, hukum fizik serta sifat pentingkan diri sendiri dalam membina sebuah kereta lumba untuk syarikat pembuat kereta Ford Motor Company, dan masa yang sama memusnahkan dominasi Enzo Ferrari dalam perumbaan selama 24 Jam, Le Mans di Perancis pada tahun 1966.
Filem ini turut dibintangi Jon Bernthal, Caitriona Balfe, Tracy Letts, Josh Lucas, Noah Jupe, Remo Girone, serta Ray McKinnon. Diarahkan James Mangold, Ford v Ferrari akan mula ditayangkan pada15 November ini.