Official Trailer

Peter Menggunakan Kaca Mata Tony Stark Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: Far From Home

Views

Walaupun karakternya telah mati dalam filem Avengers: Endgame, pengaruh karakter Stony Stark aka Iron Man masih lagi kuat dalam filem Spider-Man: Far From. Dalam tv-spot terbaru filem sekuel Homecoming itu, ia menunjukkan Peter Parker mencuba kaca mata yang pernah digunakan Tony Stark. Anda boleh tonton TV-Spot tersebut di pemain video dibawa.

Spider-Man: Far From Home ditetapkan selepas kejadian Avengers: Infinity War dan Avengers 4 yang menyaksikan Peter Parker (Tom Hollad) menyertai rombongan sekolahnya iaitu ‘Midtown School of Science and Technology’ ke Eropah.

Diarahkan oleh Jon Watts serta ditulis oleh Chris McKenna dan Erik Sommers, Spider-Man: Far From Home turut dibintangi oleh Michael Keaton, Zendaya, Marisa Tomei, dan Jake Gyllenhaal yang akan membawakan watak penjahat, Mysterio. Turut muncul dalam filem ini nanti adalah Cobie Smulders yang akan membawakan watak sebagai ejen Maria Hill dan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury.

Spider-Man: Far From Home akan ditayangkan di Malaysia pada 3 Julai

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares