Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+


Sebaik sahaja dilancarkan, trailer musim 2 Loki terus memecahkan rekod perkhidmatan penstriman Disney+

Deadline melaporkan bahawa video itu menjadi debut trailer terbesar Disney+ dengan berjaya menarik jumlah tonton sebanyak 80 juta di semua platform media sosial. Bukan itu sahaja, musim pertamanya juga masih mengekalkan rekod sebagai siri Marvel Studios yang mendapat jumlah tontonan tertinggi. 

“Loki menavigasi multiverse yang semakin berkembang dan semakin berbahaya untuk mencari Sylvie, Judge Renslayer, Miss Minutes, dan kebenaran tentang apa yang dimaksudkan untuk memiliki kehendak bebas dan tujuan mulia,” menurut sinopsis untuk musim baharu. 

Loki Musim 2 akan ditayangkan di Disney+ pada 6 Oktober dan dibintangi Tom Hiddleston, Sophia Di Martino, Gugu Mbatha-Raw, Wunmi Mosaku, Eugene Cordero, Rafael Casal, Tara Strong, Kate Dickie, Liz Carr dan Neil Ellice, bersama Jonathan Majors, Ke Huy Quan, dan Owen Wilson.

Kali terakhir peminat melihat God of Mischief adalah semasa finale Musim 1. Dalam episod itu, dia mendapati dirinya terperangkap dalam realiti alternatif TVA yang lain, selepas berpisah dengan Sylvie yang membunuh He Who Remains.


Loki Musim 2 diarahkan oleh Justin Benson dan Aaron Moorhead, yang baru-baru ini menerajui siri Moon Knight. Duo ini akan menggantikan Kate Herron, yang masih kekal dalam projek itu sebagai penerbit.

 

Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee