Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Gretel & Hansel Janjikan Kisah Dongeng Yang Menakutkan


Orion Pictures telah melancarkan trailer terbaru Gretel & Hansel, sebuah filem dongeng klasik yang diberikan sentuhan moden. Filem ini berbeza dengan filem aksi fantasi Hansel & Gretel: Witch Hunters yang diterbitkan pada 2013. Anda boleh saksikan trailer filem dipemain video dibawah.

Adaptasi kisah dongeng tulisan Brothers Grimm, Gretel and Hansel ditetapkan dimasa lampau disebuah tempat yang terpencil dimana ia menceritakan tentang gadis muda yang memimpin adiknya ke hutan yang agak gelap kerana terdesak untuk mencari makanan dan pekerjaan, bagaimanapun mereka berhadapan dengan kejahatan yang menakutkan.

Filem ini ditulis oleh Rob Hayes dan diarahkan oleh bekas pengarah The Blackcoat’s Daughter, Osgood Perkins.

Bintang filem It: Chapter 2, Sophia Lilis memainkan peranan sebagai Gretel. Dia disertai Sammy Leakey yang membawa watak sebagai Hansel, Alice Krige sebagai Holda, Jessica De Gouw sebagai Holda semasa kecil dan Charles Babalola sebagai The Hunter.

Gretel & Hansel akan menemui penonton pada 31 Januari 2020.



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee