Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Lin Shaye Bermain Dengan Hantu Dalam Klip Filem The Grudge

Sony Pictures telah melancarkan satu lagi klip dari filem arahan Nicolas Pesce, The Grudge yang memaparkan karater lakonan Lin Shaye (Insidious) sedang bermain dengan kawan imaginasinya yang bernama Melinda. Anda boleh saksikan klip tersebut dipemain video dibawah.

Filem reboot kali ini akan berkisarkan tentang seorang anggota polis yang baru tiba disebuah bandar kecil. Disana, dia telah menyiasat satu kes yang tidak dapat dijelaskan, sehingga membawa dia ke sebuah rumah misteri yang mempunyai dendam.

The Grudge diarahkan oleh Nicolas Pesce, manakala Sam Raimi yang menerbitkan dua filem awal dari trilogi The Grudge versi Hollywood akan kembali bertindak selaku penerbit, bersama-sama Rob Tapert untuk syarikat produksi Ghost House. Pesce akan turut menulis skrip bersama-sama Jeff Buhler.

Bintang filem Searching, John Cho akan bergandingan dengan pelakon seperti Demian Bichir, Andrea Riseborough, Betty Gilpin, Jacki Weaver, Frankie Faison dan pelakon filem seram veteran yang popular, Lin Shaye.

The Grudge diklasifikasikan sebagai 18 tahun keatas, dan sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Related posts

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

iQiyi Dedah Trailer Terbaru Untuk K-Siri Asli Yang Akan Datang “Jirisan”

Zulaikha

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

iQiyi Akan Menayangkan K-Drama Suspen Terbaru Bertajuk “Jirisan”

Kakimuvee

Leave a Comment