Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review Slot Tempatan

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (2021) – Episod: 21-25

Masih segar di memori ini yang mana pada asalnya, antara tujuan Drama Rahimah Tanpa Rahim ini adalah untuk menyebar dan meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kondisi medikal MRKH ataupun dikenali dengan Sindrom Tanpa Rahim dalam kalangan wanita.

Akan tetapi semuanya kini telah meleset dengan begitu hebat sekali kerana semua itu hanya tinggal kenangan untuk dikenang semata mata kerana memasuki 10 episod terakhir ini, kelibat berkenaan sindrom MRKH sudah tidak kelihatan. Yang makin hebat diberikan “spotlight” hanyalah kepada drama kekeluargaan toksik yang tidak berkesudahan.

sehingga episod 25, drama RTR masih mengalami masalah daripada beberapa detailing teknikal yang sangat tidak memuaskan bagi mereka yang menontonnya.

Selain itu, perkembangan watak yang begitu mendatar sangat mengganggu jalan cerita. Rahimah bukan sahaja dilihat sebagai seorang yang tidak mempunyai rahim bahkan dengan kelakuannya itu dia seolah olah dilihat sebagai seorang yang tidak mempunyai otak.

Bagaimana boleh seorang pelajar cemerlang dalam Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia berkelakuan dungu sebegitu rupa dalam meniti konflik kehidupannya. Begitu juga dengan Jauhar yang merupakan seorang yang aktif dalam bidang NGO memberikan khidmat masyrakat kepada orang ramai tetapi begitu rapuh dalam melaksanakan sesuatu hal berkaitan diri sendiri.

Tidak cukup dengan itu, seorang suami yang telah berkahwin dengan isterinya begitu lama adalah satu perkara yang sangat mustahil untuk tidak mempunyai sebarang simpanan sehinggakan merempat tatkala dihalau oleh isteri sendiri sepertimana yang ditunjukkan dalam kisah Faridah dan Rushdi. Walaubagaimanapun, mempersoalkan logik dalam drama Melayu adalah seperti mempersoal logik dalam filem Avengers.

Drama ini walau bagaimanapun dilihat mencatat pertambahan penonton sekiranya diukur dari segi ciapan di media sosial terutamanya di laman Twitter.

Meniti 3 lagi episod akhir, tiada apa apa harapan daripada pihak kami selain daripada terus menonton sehingga akhirnya dan menunggu pengakhiran kepada  drama Rahimah Tanpa Rahim yang dilihat seolah olah umpama keretapi yang telah tergelincir daripada landasan asalnya.

Rating Kakimuvee

0.5/5

Related posts

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Drama Terbaru ‘HASRAT TERSIRAT’ Sarat Dengan Konflik

Zulaikha

ASTRO SIAR TAYANGAN EKSKLUSIF ‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25

Zulaikha

5 Rancangan Tempatan Yang Pernah Kita Tonton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

Leave a Comment