Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Mael Totey The Movie (2020)


Amaran Major Spoiler!!!

Pertama kali saya ingin ucapkan tahniah kepada Syahmi Sazli yang berjaya mengembangkan lagi kariernya dari seorang Youtuber kepada pelakon dan pengarah. Syahmi seharusnya diberi kredit kerana usahanya menghasilkan sebuah filem Mael Totey The Movie – sesuatu yang jarang sekali kita lihat, dari YouTuber ke kerusi pengarahan. 

Sebelum saya mengulas mengenai filem ini, saya ceritakan serba sedikit tentang plotnya. Mael Totey berkisar seorang pemuda lurus bendul bernama Mael yang cuba memikat gadis bernama Yaya. Bagaimanapun, gadis tersebut meletakkan syarat agar dia belajar bahasa Inggeris sebelum dapat berkawan dengannya. Demi memenuhi permintaan Yaya, Mael belajar bahasa Inggeris bersama ‘Teacher’. Namun, Mael tidak tahu bahawa hatinya akan dipikat oleh orang gadis lain. 

Sebenarnya, saya kagum, tetapi dalam masa yang sama, saya tidak terhibur dengan filem Mael Totey. Saya puji teknikal filem ini, terutamanya sinematografinya. Sangat cantik dan hampir menepati kualiti sebuah filem gambar. Walaupun pertama kali menghasilkan filem, saya kagum dengan Syahmi kerana mampu berikan gambar yang cantik.

Namun, disebalik kualiti gambarnya yang bagus, saya agak ‘kureng’ dengan penceritaan dan komedi Mael Totey. Satu jam pertama agak buang masa dan ‘no point’. Banyak subplot mengenai orang-orang disekeliling Mael berbanding Mael sendiri. Secara ringkas, tidak banyak yang istimewa pada ‘act’ pertama dan kedua filem ini, lebih kepada bosan disebabkan penceritaannya yang agak mendatar dan kurangnya fokus pada kisah watak utama. 


Apa yang saya lihat, Mael Totey bergantung pada Asif, Yoe, Yatin dan Bedul dalam penyampaian komedinya. Mungkin disebabkan itu, satu jam pertama kita sering melihat pasangan duo Asif dan Yoe serta Yatin dan Bedul dalam setiap babak. Tetapi jujur saya katakan, baik dari Syahmi atau dari Asif, Yoe, Yatin dan Bedul, setiap lontaran komedi agak hambar, dan saya tercari-cari mana kelakarkan komedi mereka – maaf. 

Bagaimanapun, 30 minit terakhir penceritaan boleh dipuji. Kisah perempuan merampas laki orang berjaya mengubah mood Mael Totey dari komedi ke drama air mata. Saya suka dengan watak antagonis Yaya, dan saya kesian dengan ‘Teacher’. Bahagian ini saya puji Syahmi. Sepatutnya Syahmi harus menceritakan dengan lebih ‘detail’ kisah cinta Mael dan Yaya serta ‘crush’ si Teacher supaya ia dapat mencipta lebih drama pada 30 minit terakhir filem. 

Dari segi lakonan, saya puji kesemua pelakon dalam filem ini. Rasanya, kesemua mereka pertama kali berlakon dalam sebuah filem, tetapi saya lihat mereka tidak kekok untuk beraksi dihadapan kamera – good job!. Cuma dari segi pembawakan karakter, masih ada yang perlu diperbaiki. Oh Ya!, saya suka dengan watak ‘Teacher’, diawal seperti nampak seperti ‘kontrol ayu’ tetapi apabila sampai ke bahagian drama, dia berjaya bawa watak dengan begitu berkesan sekali. 

Secara keseluruhannya, Mael Totey tidaklah filem yang bagus dan tidak juga filem yang teruk. Ia boleh diletakkan sebagai ‘sedang-sedang’ sahaja. Banyak pekara yang perlu diperbaiki, tetapi saya lebih menitikberatkan penceritaan dan penyampaiannya komedinya. Apapun tahniah sekali lagi kepada Syahmi kerana berani menghasilkan filem. Diharap, Syahmi dapat mempertingkatkan lagi kualiti filem seterusnya dimasa akan datang. 

*Mael Totey The Movie boleh ditonton di Astro First, saluran 480 

Rating Kakimuvee

2/5


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee