Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

NO TIME TO DIE Akan Ditayangkan Terus Ke Laman Streaming?

Filem terbaru James Bond, No Time To Die telah ditunda beberapa kali, dan studio MGM sudahpun memikirkan alternatif lain untuk menjual filem mereka. 

Menurut laporan Bloomberg, MGM telah mengadakan perbincangan dengan Apple dan Netflix untuk membawa filem No Time To Die terus ke laman streaming. Jelas Bloomberg lagi, filem terbaru Bond itu berpotensi untuk menjana ratusan juta dolar menerusi penjualan ke laman streaming yang berpotensi. 

Bagaimanapun, pihak studio menyatakan bahawa mereka komited untuk tayangan di pawagam dan menjelaskan filem blockbuster itu “bukan untuk dijual”. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil studio, “tayangan filem ini ditunda hingga April 2021 untuk mengekalkan pengalaman teater kepada penonton filem.”

Walaupun MGM menyatakan komited untuk tayangan di pawagam, berkemungkinan besar ia menjadi jalan terakhir buat studio untuk menayangkan filem mereka. Tayangan di pawagam buat masa ini tidak menjamin pulangan, memandangkan penonton masih belum bersedia untuk kembali ke pawagam sehinggalah vaksin COVID-19 tersedia. 

Tenet telahpun gagal di pentas box office, dan jika MGM tidak mahu filemnya mengalami nasib yang sama, tayangan di laman streaming adalah jalan yang terakhir. Apapun kita nantikan perkembangan lanjut dalam masa terdekat ini. 

No Time to Die menyaksikan James Bond menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas bersara dari dunia pengintipan. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.

Daniel Craig kembali memainkan peranan utama sebagai James Bond bersama-sama beberapa pelakon dari filem sebelumnya iaitu, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright.

Turut membintangi filem ini adalah Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Arma, David Dencik, Lashana Lynch, dan Rami Malek yang akan memainkan watak penjahat, serta Christopher Waltz yang kembali meneruskan peranannya sebagai Ernst Stavro Blofeld.

Diarahkan oleh Cary Joji Fukunaga berdasarkan skrip yang ditulis oleh Neal Purvis, Robert Wade, Scott Z. Burns dan Fukunaga sendiri, No Time To Die akan menemui penonton pada 2 April 2021

Related posts

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

“Godzilla vs. Kong” Mungkin Akan Ditayangkan Terus Ke Laman Streaming

Kakimuvee

Mads Mikkelsen Sah Ganti Johnny Depp Dalam Filem “Fantastic Beasts 3”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Akan Mulakan Produksi Pada 2021

Kakimuvee

Foto Pertama Tom Holland Dalam Filem Drama “Cherry”

Kakimuvee

1 comment

ExCC November 1, 2020 at 8:05 pm

NO TIME TO WAIT

Reply

Leave a Comment

Add your own review

Rating