Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

STRANGER THINGS: Netflix Kongsikan Video Gitar Solo Eddie Munson


Hanya dalam satu musim, Eddie Munson menjadi salah satu watak yang paling banyak bualan dan disayangi peminat Stranger Things. 

Salah satu adegan watak itu yang menjadi bualan peminat sudah tentunya semasa aksi gitar solo Eddie di bahagian akhir Stranger Things 4. Eddie telah memainkan lagu Metallica, “Master of Puppets” di Upisde Down, dengan tujuan untuk menarik perhatian Demobats.

Memandangkan terdapat banyak bualan dari peminat mengenai adegan besar Eddie itu, Netflix telah melancarkan sebuah video yang memaparkan adegan penuh gitar solo Eddie demi memudakan peminat untuk menonton kembali adegan tersebut. 

Anda boleh tonton video gitar solo Eddie dibawah:

Stranger Things berlatarkan tahun 1980an di sebuah pekan fiksyen Hawkins, Indiana. Apabila seorang budak muda hilang, bandar kecil itu membongkar misteri yang melibatkan eksperimen rahsia, kuasa supernatural yang menakutkan dan seorang kanak-kanak perempuan yang pelik


Siri ini dibarisi pelakon seperti Winona Ryder, David Harbour, Millie Bobby Brown, Finn Wolfhard, Noah Schnapp, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Natalia Dyer, Joe Keery, Charlie Heaton, Sadie Sink, Maya Hawke, Priah Ferguson, Cara Buono, dan Brett Gelman.

Musim 4 turut memperkenalkan beberapa karakter baru termasuklah dari bintang Nightmare on Elm Street, Robert Englund sebagai Victor Creel, Jamie Campbell Bower sebagai Peter Ballard, Eduardo Franco sebagai Argyle, Joseph Quinn sebagai Eddie Munson, Sherman Augustus sebagai Lt. Kolonel Sullivan, Mason Dye sebagai Jason Carver, Nikola Djuricko sebagai Yuri, Tom Wlaschiha sebagai Dmitri, Myles Truitt sebagai Patrick, Regina Ting Chen sebagai Cik Kelly, dan Grace Van Dien sebagai Chrissy.

Stranger Things dicipta dan diterbitkan oleh Matt dan Ross Duffer, yang turut berkhidmat sebagai showrunners. Penerbit eksekutif adalah Shawn Levy, Dan Cohen dan Lain Patterson.

Anda boleh strim kesemua musim Stranger Things di Netflix.


Related posts

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee