Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Doctor Strange 2: Kenapa Avengers Tiada Dalam ‘Universe 838’?


Fasa 4 Marvel Cinematic Universe bakal meneroka ‘multiverse’ yang menyaksikan peminat akan melihat pelbagai adiwira Marvel dari alam yang berlainan. 

Marvel Studios telah memulakan penggembaraan ‘multiverse’ dengan beberapa projek MCU seperti Loki dan Spider-Man: No Way Home, dan penggembaraannya semakin berkembang menerusi filem terbaru, Doctor Strange in the Multiverse of Madness. 

Filem sekuel Doctor Strange itu telah mendapat tumpuan peminat yang tidak sabar melihat adiwira baru dan versi sedia ada, tetapi dari alam yang berlainan, dan beberapa cameo yang cukup hebat telah mencipta kejutan yang tidak disangka. 

Dalam filem itu, peminat telah diperkenalkan kepada kumpulan adiwira Marvel ikonik dari ‘Universe 838’, yang terdiri daripada Capten Carter (Hayley Atwell), Capten Marvel (Lashana Lynch), Black Bolt (Anson Mount), Profesor Charles Xavier ( Patrick Stewart), Mr. Fantastic (John Krasinki) dan Baron Mordo (Chiwetel Ejiofor).

Disebalik keterujaan peminat melihat kumpulan adiwira dari ‘Universe 838’ yang digelar Illuminati, tidak kurang juga yang tertanya-tanya kemanakah perginya kumpulan Avengers di alam itu. 


Dalam temubual dengan Empire Magazine, penerbit Marvel Studios, Richie Palmer, menjelaskan nasib Avengers dari alam tersebut. 

Menurutnya, ketiadaan Avengers dalam ‘Universe 838’ adalah disebabkan kejayaan Tony Stark mencipta Ultron!

“Ini adalah dunia di mana Ultron berfungsi seperti yang dikehendaki oleh Tony Stark semasa dia mencipta robot itu dalam Age of Ultron ‘Sut armor di seluruh dunia.’ Tony cuba untuk membuat Avengers bersara dalam Age of Ultron.” Kata Palmer. 

“Jadi, bayangkan Wanda yang, pada masa itu.. Ini adalah dunia di mana Tony berjaya mencipta Ultron, dan dia berkata, ‘Hei, sesiapa yang mahu bersara boleh pulang.’ Dan kemudian, muncul Illuminati yang bangkit di belakang tabir, mengambil-alih tugasan.”

“Wanda boleh bersara, dan menjalani kehidupan yang sepatutnya. Kita sebagai penonton tidak tahu siapa bapa kanak-kanak itu dalam alam semesta tersebut.”

Dalam Age of Ultron, tujuan Tony Stark mencipta Ultron adalah untuk membolehkan Avengers bersara, dan meletakkan armor berperisai itu sebagai penjaga dunia.

Nampaknya, dalam ‘Universe 838’, Tony berjaya melakukannya, dan menyebabkan satu kumpulan rahsia, iaitu Illuminati, bangkit dan mengambil-alih tugas Avengers. 

Doctor Strange in the Multiverse of Madness diarahkan oleh pengarah legenda Sam Raimi, dan dibintangi Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange, Benedict Wong sebagai Wong, Rachel McAdams sebagai Christine Palmer, Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff/ Scarlet Witch, Patrick Stewart sebagai Profesor Charles Xavier, Xochitl Gomez sebagai America Chavez dan Chiwetel Ejiofor sebagai Baron Mordo.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness boleh distrim secara eksklusif di Disney+ Hotstar!


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee