Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Stand Lee Mahukan Filem Solo Silver Surfer

Pencipta komik Marvel, Stan Lee berkata beliau mahu melihat filem solo Silver Surfer dapat dihasilkan. Selepas banyak karakter-karakter komik Marvel telah difilemkan, kini harapannya pula terarah ke karakter tersebut yang juga merupakan karakter kegemaranya serta peminat-peminat Marvel.

Stan Lee meluahkan pendapatnya tersebut selepas ditanya oleh wartawan laman web Syfy.com mengenai karakter manakah yang patut difilemkan.

ā€œHe’s the one I want to see more. He’s the most philosophical of all the characters I’ve ever worked on. And I have an idea for my cameo in that one!ā€

Dalam temuramah itu juga, Stan Lee mengakui Spider-Man adalah karakter paling popular dan juga ingin melihat kembali Silver Surfer kembali kelayar perak selepas muncul dalam filem Fantastic Four: Rise of Silver SurferĀ pada tahun 2007.

Dalam filem tersebut, karakter Silver Surfer dilakonkan olehĀ Doug Jones dan disuarakan olehĀ Laurence Fishburne. Filem tersebut merupakan satu-satunya filem superhero Marvel yang menampilkan karakter tersebut. Tetapi filem itu tidak begitu mendapat tempat di hati penonton dan tidak beri pulangan lumayan kepada 20th Century Fox selaku pemegang hak watak Silver Surfer.

Silver Surfer membuat kemunculan pertama dalam dunia komik Fantastic Four #48 pada tahun 1966 dan dicipta oleh Jack Kirby. Watak tersebut banyak muncul dalam siri komik Fantastic Four dan juga beberapa komik crossover Marvel dan juga berada di tangga ke-41 dalam senarai “Top 100 Comic Heroes” yang dikeluarkan oleh laman webĀ IGNĀ  pada tahun 2011

Mahukan anda melihat filem solo superhero ini dapat dihasilkan?

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment