You are here Home » Alien: Covenant Deleted Scene Tunjuk Bagaimana David Cipta Xenomorph & Hint Untuk Filem Seterusnya

Alien: Covenant Deleted Scene Tunjuk Bagaimana David Cipta Xenomorph & Hint Untuk Filem Seterusnya

ALIEN: COVENANT

Bagi yang pernah menonton filem space-horror, Alien: Covenant, pasti anda pernah menonton babak yang mana android David (lakonan Michael Fassbender) telah membunuh Elizebeth Shaw bagi menjalankan eksperimen mencipta alien Xenomorph.

Alien: Covenant juga menceritakan bagaimana David telah menggunakan teknologi Engineer iaitu Black Pathogen dalam mencipta makhluk ganas yang bakal membuat huru hara kepada spesis manusia. Bagaimanapun, filem tersebut tidak menunjukan secara terperinci bagaimana David melakukan eksperimen dan mencipta spesis Alien. Ia menimbulkan persoalan kepada penonton bagaimana David menjalankan eksperimen dan tujuan sebenarnya mencipta spesis Alien yang cukup ganas itu.

Kini, penonton boleh melihat secara terperinci bagaimana David mencipta Xenomorph dan menjalankan eksperimen terhadap Shaw apabila Alien: Covenant telah mengeluarkan versi DVD/Blu-Ray mereka baru-baru ini dan mengandungi beberapa babak yang tidak ditunjukkan dalam filem.

Antaranya ialah babak dimana David melakukan eksperimen terhadap Shaw dan bagaimana dia mengkaji dan mencipta Alien Xenomorph. Anda boleh tonton babak tersebut dibawah (amaran: video tersebut mungkin akan menyebabkan sedikit mual):

Selain itu juga, Deleted scene tersebut turut memberi sedikit hint mengenai sekuel akan datang dimana David telah berhasrat untuk mencari host (manusia) untuk ratu Alien dan kemudian terdapat babak yang menujukkan David meletakkan tangan diatas pod Daniels. Ini menunjukan dalam filem akan datang, Daniels mungkin akan menjadi bahan ujikaji seterusnya oleh David dalam usaha android tersebut mewujudkan ratu Alien

BACA:  Trailer Pertama Ant-Man & The Wasp Telah Dilancarkan

Alien: Covenant telah ditayangkan padda 19 May yang lalu dan home release filem ini telah dilancangkan pada 15 Ogos dan mengandungi lebih 22 minit deleted.

Loading...