Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Death Star Kembali Dalam Star Wars: The Last Jedi? & Imej Terbaru Kylo Ren

Tidak banyak perkembangan terbaru mengenai filem Star Wars: The Last Jedi buat masa ini. Tetapi beberapa gambar terbaru yang didedahkan di laman forumer Reddit mungkin memberi hint kepada peminat filem Star Wars mengenaiĀ Supreme Leader Snoke dan Kylo Ren.

Salah satu gambar yang didedahkan adalah set permainan Star Wars yang memberi gambaran pusat pemerintah Snoke dalam filem Star Wars akan datang. Set tersebut kelihatan seperti berbentuk sfera dan mirip seperti Death Star. Tidak dapat dipastikan apakah nama pengkalan yang didiami oleh Snoke sebagai pusat pemerintahannya, tetapi, jika dilihat dari segi rupa bentuk, kita dapat membayangkan pengkalannya mirip seperti senjata pemusnah milik Darth Vader itu.

Dalam filem sebelum ini Star Wars: The Force Awakens, First Order yang diketuai oleh Snoke dan Kylo Ren mempunyai senjata pemusnah ala Death Star yang bersaiz planet sebelum ianya dimusnahkan oleh Rey dan Finn.

Imej kedua pula menunjukan wajah terbaru Kylo Ren dalam filem akan datang. Wajah Kylo Ren kini mempunyai parut akibat kecedaraan yang dialaminya semasa berlawan dengan Rey dalam filemĀ A Force Awakens.Ā 

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment